Cristiano Ronaldo menjalani latihan bersama pasukan Portugal

0

Gambar Cristiano Ronaldo telah di ambil ketika pasukan Portugal sedang menjalani sesi latihan untuk persediaan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022. Peminat-peminat United masih menunggu pengumuman rasmi kehadiran Cristiano Ronaldo di Old Trafford. Segala perjanjian telah berjaya dipersetujui pada hari Jumaat lepas. Dia juga telah melengkapkan pemeriksaan perubatannya di Lisbon pada hujung minggu baru-baru ini menurut laporan Sky Sport.

Cristiano Ronaldo memilih untuk tidak ke United terlebih dahulu kerana dia mahu bersama dengan rakan pasukannya di Portugal untuk persediaan perlawanan antarabangsa. Beberapa gambar berjaya di ambil ketika Cristiano Ronaldo turun pada sesi latihan tersebut.

Portugal akan mentang Ireland, Qatar (persahabatan) dan Azebaijan. Ronaldo berpotensi untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak diperingkat antarabangsa dalam tempoh 2 minggu ini. Cristiano Ronaldo hanya memerlukan 1 gol lagi untuk menjadi penjaring terbanyak yang pada ketika ini jumlah gol dia jaringkan adalah 109 sama dengan lagenda Iran Ali Daie.

Gambar sesi latihan C.Ronaldo.

Namun pengumuman secara formal mengenai kehadiran Cristiano Ronaldo ke Old Trafford perlu diadakan. Berkemungkinan ia akan berlaku malam ini kerana tempoh jendela perpindahan akan tamat pada tengah malam ini. Cristiano Ronaldo telah menandatangai kontrak 2 tahun bersama United. Pelepasan visa juga sudah di lakukan dan hanya tinggal kertas kerja yang perlu dilengkapkan.

Gambar kehadiran C.Ronaldo ketika tiba di tempat latihan pasukan Portugal.

- Advertisement -