Cristiano Ronaldo kongsi 3 gambar kegemarannya semasa di United

0

Cristiano Ronaldo telah secara rasminya berhijrah ke Manchester United selepas pengumuman yang dilakukan oleh pihak kelab sebelum jendela perpindahan tamat tengah malam tadi. Kepulangan C.Ronaldo ke United telah memberikan satu emosi tidak menentu kepada semua pihak dan juga termasuklah dirinya sendiri.

Bekas penyerang United ini telah mengecapi kejayaan bersama United sejak penampilan pertamanya pada tahun 2003 sehingga 2009. C.Ronaldo telah menghantar mesej kepada semua peminatnya di laman sosial sejurus selepas pengumuman rasmi dibuat oleh pihak United. Dia telah muat naik beberapa gambar yang boleh dikatakan gambar yang sentiasa menjadi kenangan terindah sewaktu dia bermain di Old Trafford.

Screenshot_20210831-154320_Instagram-637x1024

Gambar pertamanya adalah bersama dengan Sir Alex Ferguson yang merupakan bekas pengurus lagenda United miliki. Sir Alex Ferguson telah membeli C.Ronaldo dan beliau adalah watak yang memain peranan utama pada permulaan perkembangan karier C.Ronaldo. Walaupun C.Ronaldo telah meninggalkan United pada tahun 2009 kerana berhijrah ke Real Madrid, namun C.Ronaldo masih menjadikan Sir Alex Ferguson sebagai ayah atau idola buat dirinya. C.Ronaldo telah mengakhiri mesej yang dia sampaikan kepada peminat dengan kata-kata, ‘PS- Sir Alex ini semua adalah untuk anda.’ Dia telah muat naik gambar dia bersama Sir Alex Ferguson di Old Trafford untuk gambar pertama yang dikongsikan.

Screenshot_20210831-154335_Instagram-633x1024

Seterusnya gambar kejayaan ketika dia bermain untuk kelab dan pasukan kebangsaan. Dia telah mengecapi pelbagai kejayaan di peringkat antarabangsa sejak menyertai United pada awal kariernya. Dia telah menjaringkan gol pada setiap kejohanan besar yang Portugal sertai sejak Euro 2004 sehingga Euro 2020. C.Ronaldo telah berkongsi gambar dia bersama dengan bendera kebangsaan Portugal semasa meraikan kejayaan di Old Trafford. Peminat-peminat Portugal sudah lama meminati pasukan United disebabkan kehadiran dan kejayaan C.Ronaldo dan yang terkini bintang pemain tengah United Bruno Fernandes.

Screenshot_20210831-154349_Instagram-631x1024

Dan yang terakhir, gambar C.Ronaldo memenangi anugerah Ballon d’Or. C.Ronaldo telah memenangi 5 anugerah Ballon d’Or sepanjang kariernya sebagai pemain bola sepak. Anugerah pertama yang dia menangi adalah sewaktu dia bersama pasukan United. Dia telah memenangi anugerah tersebut pada tahun 2008 selepas menyingkirkan pencabar terdekatnya Lionel Messi dan Fernando Torres. Selepas itu dia berjaya memenangi anugerah tersebut untuk 4 kali dan yang terkini pada tahun 2018. Dia tidak pernah lupakan saat indah dia memegang anugerah Ballon d’Or itu di hadapan peminat United dalam stadium Old Trafford.

- Advertisement -