Cristiano Ronaldo dengan peranan barunya di United

0

Tidak perlu diperkenalkan lagi Cristiano Ronaldo merupakan ‘senjata pemusnah’ didepan gawang. Dengan pelbagai rekod-rekod hebat sebagai latarbelakang beliau, kemana sahaja destinasi yang dituju pasti membuahkan hasil lumayan.

Jika satu ketika dahulu sekitar tahun 2003, CR7 bertindak sebagai pemain sayap serba lincah, di tahun 2021 ini beliau kembali ke Old Trafford dengan peranan lebih berbeza.

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer telah menyatakan peri pentingnya mantan rakan sepasukannya itu yang kini pemain bimbingan beliau akan menggalas tugasan penyerang utama pasukan.

Perubahan peranan yang berlaku kepada CR7 sebetulnya berkait rapat dengan evolusi dan tranformasi dirinya selaku pemain hadapan. Ia telah menjadi titik fokal ketika fasa akhir beliau di Real Madrid, di skuad kebangsaan Portugal dan juga ketika di Juventus.

Sebagai pemain yang memiliki kelebihan dari aspek teknikal, abiliti dan agiliti tinggi serta antisipasi yang tepat, role no.9 sememangnya sangat cocok buat beliau ketika ini.

Selain itu juga keupayaannya untuk menggunakan segala kemahiran tandukan dan rembatan di saat yang sesuai turut menambahkan lagi hujah mengapa CR7 dianggap sebagai ‘complete striker’.

Meskipun timbul keraguan di sesetengah pihak mengenai kemampuan beliau beraksi dalam perlawanan ber-intensiti tinggi apatah lagi di Liga Perdana Inggeris, dengan usianya yang telah menjangkau 36 tahun, sudah pasti CR7 akan menjadikan semua keraguan tersebut sebagai pemangkin semangatnya untuk membuktikan teka-teki mereka tidak benar sama sekali.

Terdapat juga kritikan terhadap hambarnya beliau dalam menghasilkan sepakan percuma ‘knucle ball’ persis dirinya satu ketika dulu. Percaya atau tidak, CR7 akan kembali menjalani rutin latihan tambahan demi mendiamkan para pengkritik dengan mengembalikan semula ‘trademark’ beliau melalui sepakan percuma. Dengan sokongan staff kejurulatihan dan dorongan penyokong, nescaya CR7 akan kembali menghantui setiap pemain pertahanan serta penjaga gawang lawan.

Cuma satu perkara penting perlu diselesaikan oleh Ole Gunnar Solksjaer. Pengurus itu wajib mendalami sistem atau pendekatan yang dapat memaksimakan kelebihan penyerang baru beliau.

Cristiano Ronaldo bukanlah pemain yang akan memberikan tekanan awal [early pressing] di blok atas, jadi Ole Gunnar Solskjaer dan staff kejurulatihan seharusnya tahu bagaimana peranan yang dapat digunakan buat CR7.

Beliau sentiasa akan berlegar di kawasan sepertiga lawan ketika tanpa bola dan segera berada didalam kotak penalti lawan sewaktu bola dialirkan ke ‘territory’ beliau dengan menggunakan antisipasi-nya.

Setiap hantaran lintang dan hantaran kunci yang sempurna dari rakan sepasukan akan memberikan peluang untuk disudahi oleh CR7. Disini kita akan menantikan bagaimana ‘supply’ dari Bruno Fernandes, Paul Pogba, Jadon Sancho dan Luke Shaw dalam memberikan servis terbaik buat Cristiano Ronaldo.

Sememangnya kehadiran CR7 akan menyebabkan peluang Edinson Cavani, Mason Greenwood atau Anthony Martial terbatas, namun ini sekali lagi dari satu sisi positif dapat menghasilkan persaingan positif di kalangan penyerang pasukan.

Secara tidak langsung juga ianya mencerminkan ketebalan ‘squad depth’ Manchester United untuk mengharungi musim 2021/2022.

Jadi apakah pendapat anda mengenai tawaran yang mampu diberikan Cristiano Ronaldo kelak sebagai role no.9 pasukan?

P/S : Ini adalah pendapat peribadi editor, tidak mencerminkan pandangan keseluruhan organisasi Buletin Manchester United.

- Advertisement -