Cristiano Ronaldo akan mengkhianati Man United jika dia bersetuju untuk sertai Man City

0

Cristiano Ronaldo merupakan seorang pemain bintang di dunia. Namanya sudah terkenal diseluruh pelusuk dunia setanding dengan Leonal Messi. Mereka berdua ini telah berjaya mencapai hampir kesemua kejayaan yang mereka impikan dalam setiap karier pemain bola sepak. Hany trofi Piala Dunia akan menjadi buruan utama dalam tempoh yang semakin singkat dengan usia mereka ini.

Namun kita mempunyai perkhabaran yang kurang sedap didengari mengenai perpindahan C.Ronaldo ke musuh jiran utama United iaitu Man City. Sungguh menyakitkan jika ia benar-benar berlaku.

C.Ronaldo dikatakan tidak gembira berada di Juventus pada musim ini. Selepas melihat rakan sepejuangannya di Barcelona itu telah menyertai PSG. Keadaan itu telah mengakibatkan C.Ronaldo berada dalam keadaan resah disebabkan dia tidak dapat permintaan mana-mana kelab besar untuk perpindahan dirinya. Real Madrid dan PSG tidak ada menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat C.Ronaldo.

Wartawan terkenal, Fabrizio Romano ada memberitahu ejen peribadi C.Ronaldo, Jorge Mendes sedang berusaha untuk melakukan perbincangan dengan pasukan Man City.

Man City sebenarnya memang dalam pencarian seorang pemain penyerang utama mereka selepas Sergio Aguero menyertai Barcelona secara percuma. Perbincangan perpindahan Man City dengan Harry Kane telah menemui jalan penamat selepas Harry Kane sendiri telah memaklumkan dalam media sosialnya dia akan kekal bersama Spurs dalam pemburuan trofi pada musim ini bersama pengurus baru mereka. Kemungkinan City untuk mendapatkan C.Ronaldo adalah relevan pada waktu ini.

Rekod jaringan C.Ronaldo tidak dapat dinafikan

C.Ronaldo telah memenangi kejuaraan Piala Liga Juara-Juara Eropah sebanyak 5 kali, 1 kali bersama United dan 4 kali bersama Real Madrid. Sir Alex Ferguson telah menandatangi C.Ronaldo pada musim 2003 dari sebuah kelab Portugal, Sporting Lisbon. Ia merupakan perkembangan yang paling berjaya dalam era United dalam membina karier seorang pemain sehingga menjadi pemain terbaik dunia. Sir Alex Ferguson sangat setia dan sentiasa membantu C.Ronaldo dalam menjadi seorang pemain terbaik dalam kancah Liga Perdana Inggeris pada waktu itu juga.

Jangan sekali-kali anda merosakkan karier yang anda penah lakukan ketika bersama United

C.Ronaldo telah memakai jersi no 7 dan dia merupakan di antara pemakai jersi no 7 yang terbaik dalam era United. C.Ronaldo telah memenangi 3 kejuaran liga, 1 kejuaraan Piala Juara-Juara Eropah dengan menjaringkan 42 gol pada satu-satu musim 2007/08 dan memenangi anugerah Ballon d’or untuk pertama kali dalam sejarah kariernya. Oleh yang demikian C.Ronaldo perlu memberi jawapan tidak jika ada tawaran ke Man City.

Mengapa United tidak berminat untuk membawa masuk semula C.Ronaldo? United masih mempunyai Edinson Cavnai pada musim ini. Pada musim hadapan United dalam perancangan untuk membawa masuk Erling Haaland. United juga memiliki Anthony Martial walaupun Martial bukanlah penyerang tulin yang United ada sekarang. C.Ronaldo akan bersuia 37 tahun pada tahun ini. United lebih rela untuk mendapatkan pemain muda yang perancangan masa depan yang lebih baik. Seharusnya pada musim ketika sebelum United membawa masuk Cavani, C.Ronaldo harus menyatakan minat untuk kembali ke United.

Mari sama-sama kita harapkan C.Ronaldo tidak akan ke Man City. Ia pasti akan menjadi perkara yang mendukacitakan kepada peminat United.

- Advertisement -