CR7:”Ini adalah peluang untuk saya melangkah lebih jauh bersama United”

0

885A4B83-E477-4645-8E05-20C00A1C3465C958BD7C-BA01-43C3-A100-3375BD1BB1BB

Lagenda Manchester United Cristiano Ronaldo optimis bahawa dirinya belum berada di akhir karier bola sepak.

Dalam temubual oleh MUTV,bintang Portugal itu berharap dirinya dapat kekal di Manchester United selama tiga atau empat tahun akan datang.

Ronaldo kembali ke United pada awal musim 2021/2022.Ronaldo menyertai bekas kelabnya itu dengan harga perpindahan 15 juta euro, ditambah sejumlah bonus.

Ronaldo bukan lagi pemain pada zaman kegemilangannya.Kapten pasukan kebangsaan Portugal itu kini berumur 36 tahun.

Meskipun begitu Ronaldo memastikan usia bukan masalah penting kerana dia masih mengekalkan tahap kecergasannya dengan baik.Ronaldo juga percaya bahawa dia masih boleh bersaing di peringkat tertinggi dan kerana dia adalah pemain yang berbeza.

Tiga musim bersama Juventus, Ronaldo mempunyai rekod statistik yang luar biasa dari segi jumlah gol. Dia juga bersinar dalam pasukan kebangsaan Portugal.

Cristiano Ronaldo🗣:“Saya sudah bersedia dan saya fikir saya akan membuat sesuatu hal yang besar dalam tiga atau empat tahun akan datang.

“Saya di sini untuk menang, banyak orang sebelum ini bercakap mengenai usia tetapi mereka harus memahami dan mereka tahu bahawa saya berbeza, saya berbeza dengan pemain pada dasarnya.

“Saya sudah menunjukkan untuk sepanjang masa, tahun demi tahun dan tahun ini ia tetap akan sama.

“Saya tahu dan yakin bahawa 100 peratus saya akan bermain dengan baik bersama rakan sepasukan dan ditambah pula dengan penyokong yang sentiasa berada di pihak kami.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini,saya memenangi banyak piala penting dengan jersi ini pada masa lalu dan kehadiran saya di sini untuk menang lagi.

“Saya bersedia untuk itu dan saya sentiasa bersedia. Ini adalah peluang yang baik buat saya, untuk penyokong, untuk kelab, untuk melangkah lebih jauh.”

Sumber: MUTV

- Advertisement -