CR7 pasti akan memainkan peranan penting ketika ‘set-piece’ yang dilakukan oleh United

0

Manchester United telah melengkapkan beberapa penambahan penting di dalam pasukan sedia ada United pada musim ini dan berakhir dengan kepulangan lagenda CR7. United juga tidak ketinggalan memperkuatkan barisan kejurulatihan mereka dengan kehadiran Eric Ramsay yang pakar dalam kejurulatihan ‘set-piece’.

Kehadiran Ramsay banyak membawa perubahan kepada permainan United terutama ketika melakukan serangan menerusi ‘set-piece’ atau bertahan daripada serangan ‘set-piece’. Pada musim lepas, United banyak melepaskan gol menerusi ‘set-piece’ pasukan lawan. Begitu juga di bahagian serangan United, yang gagal mengambil peluang yang baik ketika memperolehi ‘set-piece’. United mempunyai beberapa pemain yang tinggi lampai serta kerap memenangi bola di udara dengan baik seperti Harry Maguire, Victor Lindelof dan Paul Pogba.

Pada musim ini ada perubahan yang dapat kita saksikan dalam 3 perlawanan sebelum ini. United tidak banyak melepaskan gol menerusi ‘set-piece’ untuk 3 perlawanan pertama ini. Dari segi aspek menyerang pula, United dilihat begitu membahaya pada ketika ini. Ketika menentang Southampton, walaupun United sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1, namun United merupakan pasukan yang banyak mencipta peluang menerusi sepakan percuma dan sepakan penjuru.

Kehadiran Ramsay, di tambah seri dengan kehadiran CR7. CR7 mempunyai gerakan yang sangat bijak dalam kotak penalti di samping mempunyai keupayaan memenangi bola di udara yang sangat baik. Ramsay pasti sangat gembira pada ketika ini dengan kehadiran CR7 kerana kerjasama mereka ini pasti bakal membuahkan hasil kepada pasukan United.

Bagi CR7 pula, dengan kehadiran Ramsay, ia merupakan satu bonus. Dengan adanya seorang jurulatih yang boleh memaksimumkan kebolehannya ketika ‘set-piece’ pasti membuatkan CR7 lebih berbahaya daripada biasa. United harus menggunakan CR7 dengan sebaik-baiknya kerana CR7 merupakan pemain yang serba boleh.

United sudah memiliki 5 peluang ketika memperolehi ‘set-piece’ di dalam permainan pada musim ini dan jumlah angka berkenaan akan bertambah dengan kehadiran CR7. Pemain seperti Luke Shaw, Bruno Fernandes, Alex Telles dan Juan Mata mempunyai kualiti dalam membuat hantaran ke dalam kotak penalti. Dengan rangkaian yang mereka ada ini CR7 pasti akan berjaya menjaringkan gol. United juga akan berbahaya dalam permainan ‘open play’. United terkenal dengan kepantasan serangan balas yang berbahaya pada sebelum ini pasti akan memberikan sesuatu kepada CR7 pada musim ini.

- Advertisement -