CR7 dan Rashford kembali menjalani latihan

0

CR7 dan rakan-rakan sepasukan telah turun menjalani latihan untuk persediaan pada minggu ini. CR7 dan pasukan Man United akan berhadapan dengan West Ham pada hari Ahad ini. CR7 telah muat naik beberapa gambar di media sosialnya gambar dia sedang menjalani latihan.

West Ham telah bermula garang dalam saingan Piala Europa selepas menewaskan Dinamo Zagreb 2-0 di tempat lawan hasil jaringan Antonio dan Declan Rice. United mempunyai tambahan beberapa hari persediaan berbanding pasukan West Ham yang baru selesai bermain dalam saingan Piala Europa.

Dalam pada itu, Marcus Rashford juga sudah mula menjalani latihan sejak kehadiran CR7 ke United. Pada sebelum ini Rashford hanya menjalani latihan ringan pada 25 Ogos lepas. Rashford juga telah muat naik gambar dia telah menjalani latihan selepas melakukan pembedahan di bahagian bahunya. Namun Rashford masih lagi belum bersedia di turunkan pada minggu ini. Dia dijangka akan dapat bermain semula pada hujung bulan September nanti. Pasukan perubatan masih lagi memantau status keadaan Rashford selepas pemebedahan tersebut.

- Advertisement -