Contohi Chelsea, penghijrahan Tuanzebe pasti beri manfaat kepada United

0

Axel Tuanzebe telah dipinjamkan ke Aston Villa pada musim ini untuk tempoh setahun. Perkara ini bagus untuknya mendapatkan minit permainan yang lebih baik berbanding bermain di Manchester United.Pada musim lepas, dia hanya dapat bermain 4 kali sahaja dalam kesebelasan utama pasukan dan kini dengan kehadiran Raphael Varane, kemungkinan untuk mendapatkan tempat semakin sukar.

Sejak berpindah ke Aston Villa, dia telah berjaya mendapat tempat dalam kesebelasan utama sebanyak 2 kali dari 4 perlawanan. Spekulasi yand diambil dari The Sun, bertiup kencang dimana dia mahu terus kekal di Villa Park untuk lebih lama selepas berjaya menyersuaikan dirinya di kelab tersebut.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, United dilihat begitu sukar untuk mendapatkan sumber kewangan hasil penjualan pemain akademinya. Kebanyak pemain akademi telah menandatangani kontrak jangka panjang dengan kelab. Sebagai contoh, Andreas Pareira yang telah begitu lama berada di kelab sehinggakan sukar untuk mengekalkan prestasi dan mendapat minit permainan yang banyak.

Pasukan Chelsea dilihat lebih arif dalam hal urusan jual beli pemain akademinya. Chelsea sanggup menjual Tammy Abraham pada usia 23 tahun ke AS Roma walaupun bekas pemain akademinya itu dilihat agak baik bermain dalam musim lepas. United juga perlu menjadi seperti Chelsea kerana Tuanzebe diakui tidak akan dapat menyaingi prestasi Maguire, Varane dan juga Lindelof buat masa ini. Sekiranya Tuanzebe mahu pergi, United tidak perlu menghalangnya lagi. United akan berjaya menjual Tuanzebe dengan nilai sekitar 20 juta Pound.

Eric Bailly merupakan pemain pilihan keempat untuk United dan dia juga akan berada di United untuk tempoh yang agak panjang. United pula tidak perlu menghalang pemergian Bailly sekiranya ada kelab lain yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Sekiranya Tuanzebe dan Bailly telah berhijrah, pemain pilihan keempat United merupakan Teden Mengi. Pemain akademi United ini telah dipinjamkan ke Derby County pada musim lepas dan juga bermain secara regular bersama skuad United bawah 23 tahun pada ketika ini.

Selain itu, United juga memiliki Di’Shon Bernard yang kini bermain baik bersama Hull City. Seperti Mengi, dia juga masih belum lagi mendapat perhatian jurulatih untuk bersama skuad utama.
United juga boleh mendapatkan pemain baru yang telah mempunyai pengalaman bermain di peringkat tertinggi yang umurnya lingkungan 21 ke 24 tahun.

Tuanzebe kemungkinan memiliki profil tersebut tetapi United tidak dapat memberikan minit permaianan yang lebih baik kepada kariernya. United seharusnya melepaskan Tuanzebe untuk dia pergi ke kelab yang dia boleh bermain secara regular dan meningkatkan prestasinya.

- Advertisement -