Christoph Baumgartner mempunyai permainan mirip Michael Ballack

0 10

Manchester United dikatakan sedang memantau pemain tengah muda Christoph Baumgartner yang bermain untuk Hoffenheim di Bundesliga. Pemain berusia 21 tahun ini berasal dari Austria mempunyai masa depan yang cerah selepas berjaya memperagakan aksi berkualiti bersama kelab berkenaan.

‘SunSport’ memaklumkan United berminat untuk mendapatkan pemain muda ini untuk menambahkan lagi pilihan pemain di bahagian serangan sedia ada mereka. Pemain muda ini masih mempunyai baki kontrak sehingga 2023 dikatakan bernilai £16 juta dan berkemungkinaan akan meningkat lagi nilai pasarannya.

Kelab Hoffenheim mempunyai sejarah melahirkan pemain berkualiti seperti Roberto Firmino dan Joelinto bakal menghadapi perbincangan yang panas jika United ingin mendapatkan khidmat pemain muda tersebut. Ada beberapa kelab di Liga Perdana Inggeris juga berminat untuk mendapatkan bakat pemain muda ini yang dikatakan mempunyai permainan mirip Michael Ballack.

Baumgartner telah menyertai Hoffenheim pada usia 16 tahun pada tahun 2017 dan telah berjaya membuat penampilan pertama di bawah bekas kendalian mereka Julian Nagelsmann. Pada musim 2019, dia telah menandatangai kontrak sebagai pemain senior, dia telah menjaringkan 7 gol dalam 26 penampilanpada tahun pertama penampilan penuhnya bersama pasukan senior.

Dia juga telah menjaringkan 3 gol serta mencipta 5 peluang gol untuk rakan sepasukan dalam 17 perlawanan pada musim ini. Daripada jumlah tersebut, 2 gol dan 2 bantuan gol adalah menerusi saingan Piala Europa. Baumgartner juga telah membuat penampilan bersama pasukan antarabangsa Austria pada 2020. dia berjaya menjaringkan 1 gol masing ketika menentang Romania dan Greece.