Cerita mengenai ‘Zidane’ Fred tidak sehebat Pogba di Euro

0

Semua yang Paul Pogba pamerkan pasti mendapat tumpuan pihak media…

Tetapi bagaimana dengan Fred? Fred dikatakan telah mempamerkan aksi yang bagus sepanjang edisi Copa Amerika kali ini dan persembahannya boleh dikatakan sama dengan Paul Pogba.

Fred telah membuat 5 penampilan berturu-turut dengan pasukan Brazil dalam semua perlawanan selepas tamat kempen Liga Perdana Inggeris.

Fred tidak kenal erti penat kerana dia sangat menghargai saat terpenting dalam kariernya ini.

Brazil telah menang dalam 5 perlawanan pada ketika ini. Yang terbaru mereka telah menewaskan Colombia dengan 2-1. Pemain Real Madrid, Casemiro telah menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.

Fred telah bermain bersama Casemiro dan ia merupakan sesuatu yang sangat membantu dia lebih berani maju kehadapan dalam permainannya. Fred dapat bergerak mencipta beberapa gerakan kepada bahagian serangan Brazil.

Fred telah mencipta 3 peluang kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut. Jumlah tersebut sama dengan apa yang Paul Pogba lakukan.

Fred juga melengkapkan 89 peratus hantarannya dengan 86 sentuhan bola. Jumlah tersebut seharusnya lebih baik jika dia tidak dikeluarkan pada minit ke 68.

Fred telah melakukan 4 ‘fouls’, 2 ‘dribbles’ yang berjaya dan 10 ‘ball recoveries’. Pengalaman bermain bersama pasukan Brazil ini pasti membantu peningkatan pretasi Fred pada musim hadapan.

Namun seperti Bruno, Fred juga perlu mendapat rehat yang cukup pada awal musim hadapan untuk memastikan prestasi mereka ini pada musim hadapan lebih mantap.

- Advertisement -