CEO Borrusia Dortmund kecewa dengan cara layanan United terhadap Sancho

0

Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke telah meluahkan rasa kecewanya terhadap Manchester United kerana tidak memberikan peluang yang banyak kepada bekas pemainnya, Jadon Sancho. Sancho yang ketika ini berumur 21 tahun hanya dapat bermain penuh 90 minit untuk 1 perlawanan sahaja sejak menyertai United dengan nilai perpindahan 73 juta Pound.

Watzke menyatakan United kurang percaya dengan kualiti yang Sancho miliki. Ia telah membuatkan dia berasa kecewa. Dia merasakan ketika Sancho bermain bersama Dortmund, dia akan mengalihkan air mata saat Sancho memegang bola dan perkara itu tidak berlaku semasa Sancho di United. Ia amat mengecewakan.

Watzke merasakan Sancho gusar kerana tidak berada dalam kesebelasan pasukan kebangsaan England. Penjualan Sancho kepada United telah berjaya pada awal musim 2020/2021 apabila Solskjaer merasakan Sancho merupakan calon yang tepat untuk memperkuatkan bahagian serangan United.

Namun begitu, semasa tewas menentang Aston Villa, Sancho langsung tidak digunakan. Solskjaer memasukkan Edinson Cavani sebagai pemain gantian untuk menambah sengat di bahagian serangan. Sancho telah menyinar bersama Borrusia Dortmund selepas meledak 50 gol dan 64 bantuan gol dalam 137 perlawanan dan statistik ini merupakan antara yang terbaik di Eropah.

Di United pula, Solskjaer lebih memilih pemain muda, Mason Greenwood sebagai pemain sayap kanan. Sancho perlu membuktikan yang dia lebih layak untuk membarisi kesebelasan utama pasukan dan berusaha untuk lebih berjaya dalam skuad United.

- Advertisement -