Cavani:”Pellistri bermain seperti seorang budak yang nakal di dalam padang”

Penyerang baru Manchester Edinson Cavani mengatakan bahawa pemain muda Manchester United, Facundo Pellistri merupakan seorang pemain muda yang berbakat.Cavani juga mendedahkan pemain ini mempunyai sifat yang nakal ketika bermain.

Pellistri merupakan pemain bola sepak yang berasal dari Uruguay.Pemain berusia 18 tahun itu dibawa oleh Man United dari Penarol dengan bayaran 7 juta pound dengan kontrak lima tahun di Old Trafford.

“Pellistri adalah pemain muda yang saya sangat suka cara dia bermain.Dia jenis pemain bola sepak bertemakan Amerika Selatan yang mempunyai sifat nakal dalam permainannya.

“Cara dia bermain bola sepak adalah seperti yang kita sebut di Uruguay, bermain di el campito,padang sementara.Dia seperti bermain bola sepak untuk bersenang-senang dengan rakan atau sesiapa sahaja, “tambah bekas penyerang Napoli itu.

Cavani menganggap meskipun rakan senegaranya itu masih muda, Pellistri mempunyai bakat yang berpotensi dan hal itu telah diterjemahkan oleh pemain ini kerana berjaya menembusi skuad utama Penarol pada usia 17 tahun.Pellistri telah membuat kemunculan sebanyak 37 kali bersama Penarol setelah menembusi skuad utama pasukan pada bulan Ogos 2019. Dia kemudian menjaringkan dua gol dan empat assist.

“Dia masih remaja yang harus mempelajari  banyak perkara tetapi untuk pemain ini banyak juga yang boleh ditawarkan atas persembahanya dan dia sudah menunjukkan itu di Penarol.

“Saya menyukainya sejak dia melakukan debut bersama pasukan utama di Penarol dan saya sangat tertarik dengan permainannya,” tambah Cavani.

Bakat Pellistri telah mendapat pantauan dari gergasi Sepanyol, Real Madrid yang telah membawa Federico Valverde dari Penarol pada tahun 2016. Dia juga menjadi sasaran Manchester City, Atletico Madrid, Boca Juniors dan Flamengo.

Selain itu, Wolverhampton Wanderers, Valencia, Napoli dan Lyon juga dilaporkan telah merancang untuk merekrut Pellistri. Tetapi pemain ini akhirnya memilih Man United.

“Dia datang ke sini untuk kelab dengan tanpa ragu-ragu,ia bertekad untuk belajar dan matang sebagai pemain, tetapi juga untuk memberikan sumbangan yang terbaik di sini.

“Jadi saya gembira untuk bertemu dengannya dan melakukan perjalanan bersama dalam babak baru ini untuk kami berdua.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Perdana Inggeris

Keputusan Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah
PSG lawan Manchester United

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd