Cavani Sokong Varane Untuk Menang Ballon d’Or pada 2018

0

Manchester United sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Raphael Varane dari Real Madrid.

Media Sepanyol, AS melaporkan Real Madrid bersedia menerima tawaran bernilai 52 juta pound dari United untuk Varane.

Rundingan ini dikatakan menyebelahi United selepas Varane bersedia untuk meninggalkan La Liga selepas 10 tahun menabur bakti untuk Real Madrid. Rundingan ini akan segera diselesaikan.

Kedatangan Varane ke United akan memberikan impak yang besar kerana Edinson Cavani merupakan salah seorang peminatnya.

Pada tahun 2018, Cavani menceritakan Varane hampir mendapatkan anugerah Ballon d’Or. Cavani memberitahu media RMC,” Varane boleh mendapatkannya, begitu juga Griezmann dan Mbappe. Pemain Perancis layak menang kerana mereka menang Piala Dunia.”

“Modric bermain dengan sangat hebat pada musim tersebut dan bermain di final Piala Dunia, tetapi Varane telah menang 2 piala iaitu Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia, sepatutnya dia yang dapat.”

Akhirnya Luca Modric yang memenangi anugerah tersebut dan menyingkir 2 calon yang biasa menang iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Sokongan Cavani terhadap Varane kelihatan agak janggal kerana Varane yang telah menjaringkan gol ketika Perancis menang 2-0 ke atas Uruguay pada suku akhir Piala Dunia 2018.

Selain itu, kedua-dua pemain ini telah bertembung dalm Liga Juara-Juara Eropah pada 2018 yang meyaksikan Paris Saint-Germain kalah kepada Real Madrid 2-5 secara agregat dalam Liga Juara-Juara Eropah 2018 yang menyaksikan Cavani menjaringkan 1 gol.

Selepas melihat betapa kukuhnya pertahanan yang dilakukan Varane, Cavani mengalu-alukan kedatangan pemain itu ke Old Trafford. Ini merupakan musim terakhirnya di Old Trafford dan mungkin dia akan pulang ke Amerika Selatan pada Jun 2022.

Kita juga boleh mengharapkan kedua-dua pemain ini boleh berentap dalam latihan. Hal ini boleh memberikan impak positif yang besar untuk pasukan.

Hal paling utama ialah Varane mesti dijadikan sebagai pemain United dahulu dan rundingan ketika ini dilihat begitu positif. United tidak boleh melengah-lengahkan lagi rundingan dan diharapkan United akan berjaya.

- Advertisement -