Cavani sedang menikmati waktu rehatnya bersama keluarga

0

Edinson Cavani kini masih dalam tempoh pelepasan bercuti sebelum kembali menjalani latihan bersama pasukan United.

Cavani telah bermain untuk pasukan Uruguay di kejohanan Copa Amerika. Pasukan Uruguay berjaya melepasi peringkat kumpulan sebelum tersingkir di peringkat suku akhir kepada Colombia dalam penentuan sepakan penalti.

Percutian Cavani pada ketika ini boleh dikatakan adalah cara Cavani bercuti.

Cavani telah meluangkan masa bersama keluarganya di desa Amerika Selatan dengan menikmati perjalanan dengan kerata kuda.

Dia berkata,”Inilah masa yang ditunggu-tunggukan. Saya tidak tahu kemana hala tuju kami, tetapi kami akan ke sana.”

Dia dijangka pulang menjalani latihan pada awal 19 Julai. Selepas tiba di UK dia akan menjalani tempoh kuarantin.

Ia akan melewatkan lagi kepulangan Cavani. Fred pula akan lewat 1 minggu selepas Cavani tiba selepas dia baru sahaja menamatkan saingan Copa Amerika sebagai naib juara selepas tewas kepada Brazil 0-1.

Kedua-dua pemain ini dijangka akan bersama salam pasukan pada awal Ogos ini cukup untuk persediaan 2 minggu sebelum saingan liga bermula.

- Advertisement -