Buletin Manchester United

CEE50513-3E53-4047-A68B-FF232A9753DA

Cavani ingin berpindah kerana isu Negrito

Isu perpindahan Edinson Cavani dari Manchester United sejak kebelakangan ini semakin melebar luas setelah ayah kepada pemain itu Luis mengesahkan bahawa bekas penyerang PSG itu mahu meninggalkan Old Trafford pada akhir musim ini.

Cavani telah dibawa masuk oleh Manchester United dengan perpindahan percuma musim panas lalu. Kelab itu menawarkan kepadanya kontrak satu tahun dengan pilihan untuk menambah satu tahun lagi pada akhir musim.

Karier pemain itu bersama United berjalan lancar setelah pemain itu menjaringkan tujuh gol dalam 25 penampilan setakat ini dan disebabkan itulah banyak pihak percaya bahawa Manchester United akan melanjutkan kontrak Cavani. 

Namun terkini muncul berita bahawa Cavani enggan melanjutkan kariernya bersama United disebabkan masalah-masalah tertentu.

Dan ternyata berita itu telah disahkan ayah pemain itu, Luis.Pertama sekali, dia mengesahkan bahawa Cavani tidak gembira tinggal di England dan mahu bermain di Amerika Selatan.

Beberapa kelab telah dikaitkan dengan Cavani dan salah satunya gergasi Argentina, Boca Juniors. Luis juga mengesahkan bahawa anaknya itu telah menghubungi Boca.

“Anak saya tidak gembira di England dan ingin kembali berpindah dekat dengan keluarganya. Dia mahu bermain di Amerika Selatan,” kata bapanya dalam program Superfutbol di TyC Sports.

“Saya mahu Edinson bermain untuk pasukan yang memperjuangkan piala penting. Dia telah banyak berbual dengan [Naib Presiden Boca Juan Roman] Riquelme dan ingin bermain untuk Boca.

Selanjutnya, Luis mendedahkan bahawa alasan Cavani untuk mahu meninggalkan Manchester United adalah berkaitan dengan hukuman yang diterima atas masalah perkauman pada awal 2021. Dimana dia dilarang untuk tampil dalam tiga perlawanan dan didenda £ 100,000.

“Seluruh masalah hukuman ‘n * grito mengganggunya.Ini telah dipermainkan, kadang-kadang pemain tidak dapat melihat persembahan mereka, perkara seperti ini boleh memberi tekanan kepada anda. Kadang-kadang perkara ini boleh menjatuhkan mental anda.”

“Pada pertengahan tahun ini, dia ingin kembali ke Amerika Selatan.Rancangan seterusnya anak saya tidak mahu terus bermain di sini [di Manchester]. Dia mahu pulang. Saya rasa dia akan kembali pada bulan Jun tahun ini.