Portal Rasmi

Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU)

Cavani dedah Manchester United bukan pasukan terakhirnya

Penyerang Manchester United Edinson Cavani dikatakan mempunyai rancangan tersendiri dalam urusan melanjutkan kariernya sebagai pemain bolasepak.

Dalam laporan yang telah didedahkan oleh ESPN,Bintang Uruguay itu dilaporkan mempunyai keinginan untuk bermain di Boca Juniors sebelum ia menamatkan kariernya.

Edinson Cavani baru sahaja menandatangani kontrak dengan Manchester United.Pemain berusia 33 tahun itu mendapat kontrak dengan jangka masa satu tahun. Di samping itu, ada juga pilihan tambahan untuk melanjutkan kontrak selama satu tahun.

Bagi Cavani, kontrak itu cukup menguntungkan. Kerana, dia mempunyai kontrak dengan nilai yang cukup besar.Bekas pemain PSG itu memperoleh 10 juta euro setiap musim, salah satu yang terbesar di United.

Sebelum menerima pinangan The Red Devils, Cavani hampir menyertai Atletico Madrid. Namun, nilai gaji yang ditawarkan terlalu rendah.Cavani juga menolak peluang untuk berpindah ke Juventus awal musim ini.

Edinson Cavani  telah bermain di Eropah sejak tahun 2006.Dia berpindah ke Palermo dengan harga 5 juta euro dari Danubio. Sebelum bersara, Cavani mempunyai keinginan untuk kembali melanjutkan karier di Amerika Selatan.

Cavani mendedahkan ia mempunyai hubungan baik dengan Juan Roman Riquelme, naib presiden Boca Junior. Mereka membincangkan kemungkinan perpindahan Cavani ke kelab Argentina itu beberapa waktu yang lalu.

“Mereka ingin tahu bagaimana saya dalam situasi ini, dengan gaji yang sangat istimewa dan kami bercakap dengan penuh rasa hormat,” kata Cavani seperti laporkan oleh ESPN.

“Boca adalah kelab gergasi di dunia, mana-mana pemain bola mahu bermain di sana.Terdapat beberapa pemain Uruguay yang pernah bermain di sana,” sambung bekas pemain Napoli itu.

Terdapat perbualan serius antara Cavani dan Riquelme, tetapi dia tidak mahu membocorkannya. “Anda harus bertanya kepadanya adakah dia ingin memberitahu anda namun saya merasa Senang jika dapat bermain di Boca suatu hari nanti,” kata Cavani.

Edinson Cavani kini berusia 33 tahun dan mempunyai kontrak dua tahun di Manchester United.Itu bermakna dia akan berusia 35 tahun apabila kontraknya tamat. Kerana itu, dia enggan memikirkan Boca Juniors dan memilih untuk fokus pada United.

“Saya mempunyai kontrak dua tahun dengan Manchester United. Saya mahu melakukan yang terbaik di sini.”

“Saya berasa seronok.Saya realistik, saya mahu bermain ketika saya merasa baik. Saya akan bermain dua tahun di sini dan melihat adakah saya dapat meneruskannya atau kembali ke Amerika Selatan.

Sumber: ESPN

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Perlawanan

Liga Perdana Inggeris
Manchester United lawan Chelsea

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd