Cavani cetak gol lagi di Copa Amerika

0

Penyerang veteran United Edinson Cavani gembira dengan prestasi semasanya ketika bersama dengan Uruguay di kejohanan Copa Amerika 2021.

Baru-baru ini, Cavani tleh menjaringkan gol kemenangan Uruguay ketika menang tipis ke atas Paraguay 1-0 menerusi sepakan penalti.

Cavani telah muat naik status di media sosial dengan kata-kata,”Setiap perlawanan sangat sukar. Dengan kemenangan sahaja membuatkan kami akan terus berjuang. Tahniah kepada semua di atas kesungguhan yang dipamerkan anda semua.”

Kemenangan ke atas Paraguay membolehkan Uruguay menjadi naib juara kumpulan dan layak ke peringkat suku akhir menentang Colombia.

Cavani kini telah menjaringkan 2 gol dalam kejohanan ini dan sedang memburu penjaring terbanyak ketika ini Neymar dengan 3 gol. Gol pertama Cavani hadir ketika Uruguay menewaskan Bolivia 2-0.

Uruguay bermula dengan kekalahan kepada Argentina 0-1 bangkit dengan 1 seri dan 2 kemenangan. Mereka akan bertemu Argentina semula jika berjaya menang di peringkat suku akhir nanti.

- Advertisement -