Hadirnya ke Man United dalam usia 30an, sudah tidak relevan, dah bermain hanya untuk wang yang besar. Ya itulah yang dilemparkan buat pemain tengah berkelas dunia Casemiro..
Datang ke United dari Real Madrid. Kelab yang penuh kejayaan di Sepanyol dan mereka baharu saja dinobatkan juara Eropah dengan kemenangan UCL.
Ada yang menyatakan dia turun pangkat bermain di UEL kenapa perlu ke Man United. Namun itu semua tidak endahkan buat Casemiro. Dia datang dengan penuh reputasi besar dan kini menunjukkan mengapa dia perlu ada dalam pasukan..
Lihat saja keazamannya dan memberi reaksi ketika menjaringkan gol penyamaan ketika berdepan Chelsea. Ia penuh dengan passion dan kegembiraan menjaringkan gol pertamanya untuk United.
Ada yang mengatakan sebab duit ? Itu bukan faktor utama. Dia bermain untuk lambang di dada dan kini tunjang utama tengah United..
Bagi bekas pemain pertahanan Arsenal, Martin Keown, menyifatkan bahawa pemain ini adalah pemain yang selama ini dicari oleh Manchester United…
“Saya rasa Casemiro ialah pemain yang Manchester United cari selama bertahun-tahun untuk bahagian itu.”
“Melakukan segala-galanya di bahagian tengah itu, dia adalah otak sebenar pertahanan pasukan.”
Selain menjadi benteng kedua sebelum sampai ke pertahanan, dia juga mampu untuk mengemudi tengah dengan hantaran-hantaran kedepan yang progresif. Ia boleh mencetuskan permulaan serangan United sebelum sampai ke sepertiga akhir iaitu kawasan pertahanan lawan..
“Dia juga boleh melakukan hantaran secara progresif. Dia sentiasa peka”
“Dia juga peka merasakan bahaya. Dia merasakan sesuatu dengan baik, dia boleh menjangka setiap situasi.”
“Dalam situasi sukar, dia boleh membuat hantaran yang cemerlang. Bagaimana dia meletakkan kedudukannya adalah yang terbaik.”
“Dia sentiasa berada di tempat yang betul untuk pasukannya. Apabila mereka yang paling memerlukannya, dia akan tampil ke hadapan, ambil tanggungjawab itu. Anda melihat tandukan yang luar biasa daripadanya, ia adalah gol pertamanya untuk United.”
“Lihatlah betapa ia bermakna baginya.”