Buletin Manchester United

Cara-mengatasi-krisis-pertahanan-United

Cara mengatasi krisis pertahanan United

Pemain pertahanan lagenda United, Gary Neville mempunyai cara untuk mengatasi krisis pertahanan United pada ketika ini. Neville berpendapat, United tidak perlu membeli pemain pertahanan yang baru kerana United sebenarnya mempunyai pemain yang bagus untuk di tempatkan di posisi pertahanan.

Barisan pertahanan United sering menerima kritikan sejak kebelakangan ini. Pada musim ini, pertahanan United dilihat begitu rapuh ketika bertahan dan telah melepaskan beberapa gol mudah kepada pasukan lawan. Disebabkan perkara ini, khabar angin di media begitu panas dengan pencarian pemain pertahanan yang baru. Pelbagai jenis nama dipetik akan dibawa masuk ke United untuk perpindahan akhir musim ini.

Namun, perkara tersebut tidak dipersetujui Neville. Neville berpendapat, United mempunyai seorang pemain yang mampu bermain di barisan pertahanan. ‘Saya merasakan, McTominay adalah pasangan yang ideal bagi Harry Maguire di barisan pertahanan.’ Kata Neville ketika ditemu ramah baru-baru ini.

Pendapat Neville itu boleh diguna pakai jika dilihat pada kemampuan McTominay. Dia mempunyai karakter yang bagus jika dia bermain sebagai pertahanan tengah. ‘McTominay sangat cepat dan agresif. Dia mempunyai kelebihan hantaran jauh yang baik sekaligus dapat membantu United dalam serangan balas ke pihak lawan. Dia sangat dominan ketika beraksi di dalam padang. Dia mempunyai bentuk badan fizikal yang bagus dan tegap.’

Neville juga berpendapat ia bukanlah sesuatu yang dikatakan ekperimen, kerana McTominay pernah bermain di posisi pertahanan ketika bermain untuk Scotland. Scotland kini telah layak ke kejohanan Piala Eropah. Ramai pemain tengah yang telah diberi peluang untuk bermain sebagai pemain pertahanan dan mereka berjaya melakukannya serta bermain dengan baik. ‘Saya tidak melihat banyak perbezaan jika kita bandingkan McTominay dengan John Stones, Eric Dier dan Declan Rice. Mereka mempunyai bayak persamaan.’