Portal Rasmi

Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU)

Cantino:”Kami cuba untuk meminjam kembali Pellistri namun MU berkeras menolak kerana mereka ingin gunakan khidmatnya di skuad utama

Teka-teki mengenai masa depan Facundo Pellistri bersama skuad Manchester United akhirnya terungkap.Pemain muda berbakat itu dipastikan akan tersenarai dalam pasukan utama United pada musim ini.Hal itu telah didedahkan oleh naib presiden Penarol,Rodolfo Cantino.

Pada hari terakhir jendela pasaran perpindahan, Manchester United telah melakukan langkah secara mengejut dengan mendapatkan khidmat pemain sayap milik Penarol,Facundo Pellistri.

Namun, ramai yang tertanya-tanya mengenai peranan Pellistri di MU setelah disedia maklum bahawa pemain itu masih berumur 18 tahun dan tidak mempunyai pengalaman di Eropah, sehingga banyak yang beranggapan dia akan memasuki pasukan junior terlebih dahulu.

Namun, naib presiden Penarol itu mengesahkan bahawa pemain sayap itu akan segera memasuki pasukan utama Red Devils. “Pellistri akan masuk ke pasukan utama [MU],” kata Rodolfo Cantino.

Cantino mendedahkan bahawa MU benar-benar serius ingin menggunakan khidmat Pellistri. Dia mengatakan bahawa pihaknya telah berusaha meminjamnya kembali, tetapi MU menolak.

“Ya, kami telah meminta mereka untuk meminjamkannya kembali kepada kami.”Tetapi mereka berpendapat bahawa mereka memerlukan Pellistri sekarang. Itu normal, kerana ketika sebuah kelab Eropah membeli pemain, pemain itu akan segera digunakan.

Cantino juga mendedahkan bahawa Pellistri tidak akan menjadi pemain pelapis di Manchester United.

Dia mengatakan bahawa MU benar-benar bersedia memberi peluang kepada pemain sayap itu untuk tampil di Old Trafford.

“Dia pasti bermain. Ketika berunding dengan kami, mereka bertanya adakah dia dalam keadaan baik kerana mereka sangat memerlukannya.Jadi semuanya bergantung pada pengurus adakah dia akan digunakan atau tidak.” katanya.

Jom kongsi dengan rakan anda artikel ini.

Ruang Iklan

Jadual Perlawanan

Liga Juara-Juara Eropah

Keputusan Perlawanan

Liga Perdana Inggeris
Manchester United lawan Chelsea

Ruang Iklan

Pastikan anda ikuti kami di medium seperti di bawah :

Website : bmumalaysia.com
Facebook : buletinmanchesterunited
Instagram : buletinmanchesterunited
Twitter : buletinmanutd