Camavinga jadi buruan United

0

Manchester United telah membuka langkah untuk mendapatkan pemain tengah Rennes Eduardo Camavinga.

Pemain muda Perancis itu menjadi buruan utama bagi pencarian pemain tengah United untuk musim depan.

RMC telah melaporkan United akan melakukan perbincangan dengan ejen Eduardo Camavinga. Eduardo Camavinga berjaya membuat penampilan bersama pasukan Perancis pada sebelum ini walaupun dia tidak terpilih bersama pasukan itu untuk kempen Euro 2020.

Kontrak pemain tengah berbakat ini dikatakan akan tamat pada tahun hadapan, dan ini bermakna nilai perpindahannya akan lebih murah daripada nilai sebenarnya.

Eduardo Camavinga kini berusia 18 tahun telah membuat 67 penampilan bersama pasukan Rennes. Dia bakal menjadi pemain tengah ‘defensive midfielder’ untuk jangka panjang pasukan United.

Walau bagaimanapun, PSG juga dikatakan berminat untuk membawa masuk tersebut. Oleh yang demikian United akan memulakan langkah perbincangan awal dalam misi membawanya ke Old Trafford.

- Advertisement -