Camavinga bukan keutamaan United buat masa ini “Fabrizio Romano”

0

Wartawan terkenal dari Italia Fabrizio Romano mendedahkan maklumat berkaitan dengan khabar angin mengenai pemain yang dikaitkan dengan Manchester United iaitu Eduardo Camavinga. 

Romano mengesahkan United sememangnya berminat dengan pemain muda itu namun buat masa ini pemain itu bukan keutamaan mereka pada perpindahan buat masa ini.

Beberapa hari sejak kebelakangan ini muncul berita bahawa Manchester United menjalin komunikasi dengan ejen Eduardo Camavinga.Dalam laporan itu mendedahkan bahawa Pemain muda Rennes itu dilaporkan adalah salah satu pemain yang ingin dibawa oleh Solskjaer pada musim panas ini.

Dalam Berita yang beredar, United telah membuat pendekatan dengan ejen tersebut. Malah Manchester United dilaporkan telah memulakan rundingan kontrak dengan pemain tengah itu di Old Trafford.

Meskipun begitu Romano tidak menafikan bahawa Manchester United memang berminat dengan Camavinga. “Man United memang berminat dengan Camavinga, tetapi dia bukan keutamaan United ketika ini,” kata Romano kepada United Stand.

Romano juga mendedahkan bahawa buat masa ini United belum menghubungi perwakilan Camavinga untuk membincangkan perpindahan ini.

“Buat masa ini tidak ada perbincangan dan juga tidak ada tawaran rasmi dari United untuk Camavinga.”Camavinga dan ejennya tidak terburu-buru, tetapi dia terbuka untuk menyertai dengan kelab ternama.”

Selanjutnya, Romano mendedahkan bahawa United kini mempunyai keutamaan lain di posisi tengah mereka.Dia mengatakan Manchester United terlebih dahulu ingin mengesahkan masa depan Pogba dan Van de Beek sebelum cuba menandatangani Camavinga.

“Keutamaan Man United di area tengah sekarang adalah menyelesaikan masalah Pogba dan juga masalah Van de Beek.”

“Jadi buat masa ini mereka mempunyai masalah untuk diperbaiki di posisi tengah mereka, dan mereka juga fokus untuk menyelesaikan perpindahan Jadon Sancho. Camavinga bukan keutamaan mereka pada masa ini,” katanya.

- Advertisement -