Camavinga Bakal Menjadi Prospek Muda Tengah United

0

Bagi seseorang pemain muda memecah masuk ke dalam skuad utama Manchester United bukanlan suatu perkara yang begitu mudah. Sekiranya pemain tersebut baik dan berbakat, senanglah baginya untuk bermain dalam skuad utama.

Ketika ini khabar angin bertiup kencang apabila United dikatakan berminat mendapatkan Camavinga yang bakal menjadi prospek muda tengah United.

Perpindahan bernilai 27.5 juta pound ini bakal menyaksikan satu episod baru untuk pemain muda Perancis ini beraksi di liga nombor 1 di dunia, Liga Perdana Inggeris.

Camavinga akan terus diserap ke dalam skuad utama United dan disertai beberapa lagi pemain muda lain dari akademi Manchester United.

Camavinga Salah Seorang Dari 4 Pemain Muda yang akan bersama skuad utama

James Garner yang telah mula beraksi sejak 2019 kini kembali ke pangkuan United setelah dipinjam ke kelab lain musim lepas. Dia dijangka akan menyertai skuad dalam pra-musim akan datang.

Seorang lagi pemain muda dari Tunisia, Hannibal Mejbri telah bakal membuat penampilan pertama dalam skuad United pada penghujung musim lepas seterusnya dipanggil menyertai skuad kebangsaan Tunisia tidak lama selepas itu. Dia telah menyertai skuad bawah 23 tahun United dan akhirnya dipanggil ke skuad utama.

Pemain ketiga yang perlu diberikan perhatian ialah Isak Hansen-Aaroen iaitu pemain berusia 16 tahun Dari Norway. Dia telah melakukan penampilan bersama skuad bawah 18 tahun Manchester United dan tidak lama lagi akan menyertai skuad bawah 23 tahun. Kemungkinan dia akan diserap ke skuad utama sekiranya prestasi mantap diberikannya kepada pasukan.

Kemasukan sekali Eduardo Camavinga ke dalam kumpulan 4 pemain ini akan membolehkan United akan memiliki kumpulan pemain tengah muda berbakat. Keserasian keempat-empat pemain ini akan diuji dan akan dipantau. Ada kemungkinan sekiranya kedatangan Camavinga ke United, Hannibal dan Garner akan dipinjamkan ke kelab lain untuk memberikan minit permainan dan pengalaman kepada mereka.

Jangan Dilupa Pemain Muda Lain

Selain mereka berempat, United juga mempunyai beberapa pemain lain muda berbakat.

Dylan Lewitt yang telah menyertai skuad kebangsaan Wales dalam Euro 2020 dan juga Ethan Gabraith iaitu pemain muda yang telah masuk ke dalam skuad kebangsaan Ireland Utara. Kedua-dua pemain ini perlu dipinjamkan ke kelab lain untuk memberikan pengalaman berharga dan berkualiti bermain dalam liga yang tertinggi kepada mereka.

Seorang lagi pemain skuad bawah 18 tahun Manchester United, Zidane Iqbal perlu diberikan perhatian. Dia yang akan membuat penampilan bersama skuad bawah 23 tahun United telah menjaringkan 4 gol dalam 5 perlawanan.

Anak kepada bekas pemain antarabangsa Wales, Robbie Savage iaitu Charlie Savage juga merupakan pemain akademi United. Pemain ini mempunyai mirip permainan seperti Scott McTominay telah memberikan 7 bantuan gol dalam skuad bawah 18 tahun.

Camavinga merupakan pemain muda sensasi yang bakal memberikan kekuatan di bahagian tengah. Akan tetapi, sekiranya United terlepas mendapatkan khidmatnya, pemain muda lain juga boleh diketengahkan oleh pengurusan United.

- Advertisement -