Camavinga bakal ada pengganti

0

Disebabkan United ada menyatakan minat untuk mendapatkan pemain muda mereka pada minggu lepas, Rennes sudah mengatur langkah untuk mencari pengganti bagi Camavinga.

Walau bagaimanapun, pada waktu ini masih belum ada tawaran rasmi dari dilakukan oleh United kepada Rennes. Yang terkini, ada laporan memberitahu, Camavinga tidak berminat untuk menyambung kontrak barunya bersama Rennes.

Kontrak Camavinga akan tamat pada Jun 2022 dan Rennes perlu menjualnya dengan segera jika tidak mahu kehilangan pemain itu secara percuma.

Rennes juga sudah membuat persediaan mencari pemain baru untuk menggantikan tempat posisi Camavinga.

Rennes dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan kelab Denmark, FC Midtjylland bagi membawa masuk pemain tengah muda mereka Jens Cajuste.

Cajuste merupakan pemain antarabangasa Sweden. Rennes perlu menyediakan wang sebanyak 8-10 juta pound dimana suku harga daripada nilai Camavinga.

Dikhabarkan kedua-dua pasukan hanya perlu mempersetujui syarat kontrak kerana Cajuste dikatakan bersedia untuk berhijrah ke Rennes.

Cajuste berusia 21 tahun merupakan pemain ‘defensive midfielder’ yang mempunyai bakat dan kualiti masa depan yang cerah. Rennes berpeluang untuk menjadi tempat batu loncatan kepada pemain muda tersebut disamping menjual pemain tersebut dengan harga yang lumayan.

United dikatakan akan mendapat saingan kuat daripada pasukan PSG dalam usaha mendapatkan Camavinga. Nilai Camavinga sekitar 26 juta – 40 juta pound. Pelaburan yang tinggi ini bakal menjadi risiko kepada kelab-kelab besar sama ada berjaya menggilap permata baru ini atau tidak.

Pemain muda, Camavinga ini merupakan salah seorang pemain muda berbakat di dunia bakal mempunyai masa 6-7 tahun untuk bermain dengan pasukan barunya nanti.

- Advertisement -