Berita Terkini

Buat sesuatu yang membanggakan sempena peristiwa bersejarah hari ini

Buat Sesuatu Yang Membanggakan Sempena Peristiwa Bersejarah Hari Ini.

Ole Gunnar Solskjaer telah meminta para pemain Manchester United untuk memberi penghormatan kepada mangsa peristiwa Munich dengan mempamerkan persembahan yang terbaik mereka ketika menentang Everton. Ini merupakan perlawanan ke-4 yang berlangsung pada tarikh sama tragedi tersebut. 1 minit pernghormatan akan dilakukan sebelum sepak mula berlangsung. Kedua-dua pasukan akan memakai lilitan hitam dilengan.

Solskjaer berkata, ‘ Saya berharap para pemain boleh menterjemahkan keputusan yang baik bersempena dengan peristiwa memilukan itu. Ia merupakan perkara yang penting dalam sejarah bola sepak United. Kami akan sentiasa menceritakan kepada para pemain mengenai peristiwa tersebut dan akan diperingati pada setiap tahun. Ia pasti menjadi hari yang bermakna dan beremosi bagi semua orang. Saya mengharapkan para pemain boleh turun dengan semangat yang tinggi dalam perlawanan penting ini.’

United yang pada perlawanan sebelum ini telah menang besar 9-0 ke atas Southampton pasti dahagakan kemenangan sebegini untuk yang berikutnya. Jika United menang, United akan berkongsi mata dengan Man City yang akan bertemu pasukan Liverpool pada keesokan harinya. United yang mempunyai rekod yang cemerlang ketika bermain di tempat lawan dengan 8 menang dan 3 seri jika dibandingkan dengan bermain di tempat sendiri dengan 5 menang dan 5 tewas.

Solskjaer di lihat mahu membina semula keyakinan para pemain ketika bermain di Old Trafford. ‘Konsisten adalah kunci kepada kita semua. Kita telah melakukan yang baik ketika perlawanan sebelum ini selepas kita tewas dan seri pada 2 perlawanan sebelumnya. Kita seharusnya bersedia untuk memulakan kembali momentum kemenangan. Jika kita konsisten dan fokus, semangat dan keyakinan para pemain akan meningkat.’

‘Semuanya bergantung kepada para pemain itu sendiri, apa yang mereka rasa perlu lakukan seperti mana mereka lakukan dalam sesi latihan. Saya mahu menikmati dekit kemenangan kerana kekalahan adalah sesuatu yang semua orang tidak suka.’

 

 

Lain-Lain Artikel

Comments Box SVG iconsUsed for the like, share, comment, and reaction icons
Cover for Buletin Manchester United
Buletin Manchester United

Buletin Manchester United

245

Page rasmi untuk Kelab Peminat Buletin Manchester United (BMU) dan page bahasa Malaysia no 1

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14

[ Gol terbaik bulanan untuk Liga Perdana Inggeris sempena musim 2023/2024 ]

4 pemain Manchester United menggondol anugerah jaringan gol Liga Perdana Inggeris terbaik bulanan setakat musim 2023/2024 ini.

Bruno Fernandes
Garnacho
Kobbie Mainoo
Rashford

Semoga Antony dapat memenangi anugerah ini untuk bulan May nanti.

#BMU14
... See MoreSee Less

19 hours ago

15 CommentsComment on Facebook

bruno atau mainoo gotm bulan april 💯

April gol maino lwn lipop

Player terbaik bulan ini

Load More

| BMU - Informasi Semasa |

Harry Maguire dijangka cergas sepenuhnya menjelang aksi perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Coventry City Ahad ini. Ia susulan daripada spekulasi yang ditimbulkan selepas Maguire tidak dikesan menyertai sesi latihan semalam bersama skuad utama. (Samuel Luckhurst, X)

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC

| BMU - Informasi Semasa |

Harry Maguire dijangka cergas sepenuhnya menjelang aksi perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Coventry City Ahad ini. Ia susulan daripada spekulasi yang ditimbulkan selepas Maguire tidak dikesan menyertai sesi latihan semalam bersama skuad utama. (Samuel Luckhurst, X)

#BMU02 #BMU #GGMU #MUFC
... See MoreSee Less

1 day ago

27 CommentsComment on Facebook

Somehow sekarang ni bila dia ada,rasa lega sikit dengan pertahanan.

Tak pernah terduga aku lega bila Maggy available this weekend. Dulu tak cukup tanah aku merempan tgk nama dlm starting xi. Sorry Mag byk kecam bro dulu...manusia mana kan tak buat kesilapan 🤣 Tapi kalau buat kelakar kat Wembley, awas ya!!

Geng2 mcm Rashford Sancho bleh tgk Maguire ni.. kena tarik captaincy, kena kecam teruk oleh 1 Dunia, bukan fans mu je.. tpi still improve and improve... Kdg2 ada mistake jugk, tpi still.. much better drpd sblum ni.. bola kt udara tu, mmg dia lh king

Load More