Bryan Robson puji usaha Phil Jones dalam usaha untuk mengembalikan tahap kecergasaannya

0

Bekas ketua pasukan Manchester United, Bryan Robson merasakan Phil Jones boleh menjadi aset utama kepada United pada akan datang. Jones telah membuat penampilan pertamanya bersama pasukan United dalam perlawanan persahabatan tertutup baru-baru ini ketika United menentang Burnley pada minggu lepas.

Namun kita sudah lama tidak melihat Jones bermain dalam saingan kompetitif sejak Januari 2020 di mana United menang besar pada ketika itu dengan membelasan 6-0 Tranmere. Jones telah menjaringkan gol pada perlawanan tersebut, namun selepas itu dia telah mengalami kecederaan dan direhatkan hampir semusim musim baru ini.

Namun bekas pemain pertahanan lagenda United tidak bersetuju dengan keadaan Jones sekarang.

Bryan Robson berkata,’Apabila kita lihat berisan pertahanan United, kita ada Victor Lindelof, Eric Bailly dan Phil Jones. Phil telah mempamerkan aksi yang sangat bagus pada sebelum dia mengalami kecederaan beberapa tahun lepas. Dia seorang pemain yang bagus dan dia boleh bermain dengan baik. Jika tidak Sir Alex Ferguson tidak akan membawanya ke United dari Blackburn.’

‘Jika Phil berjaya mendapatkan kecergasannya kembali, ia pasti akan memberikan satu pengalaman yang baik buat dirinya. United akan mempunyai barisan pertahanan yang cukup kuat dan saingan bagi merebut kesebelasan utama semakin rancak. Dalam keadaan corak permainan bola sepak moden pada ketika ini, anda memerlukan satu pasukan yang besar. Yang paling utama adalah mereka semua cergas dan bersedia untuk bermain apabila diperlukan.’

Fulham dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Phil Jones secara pinjaman.

Bryan Robson telah memberikan gambaran Phil Jones merupakan pemain ke-5 bagi pertahanan terbaik United miliki pada ketika ini. Axel Tuanzebe telah dipinjamkan ke Aston Villa untuk memberikan dia peluang minit permainan yang lebih baik. Dia pasti sukar untuk bersaing dalam kesebelasan utama sedia ada. Itu merupakan langkah yang baik United telah lakukan.

Perkara ini harus diberikan kepada Phil Jones juga. United harus mencari sebuat kelab untuk dipinjamkan supaya Phil Jones dapat membina semula keyakinan dan mendapatkan minit permainan dalam mengembalikan kariernya bersama United pada musim akan datang. Dengan tahap kecergasannya berada dalam keadaan baik pada ketika ini, pasukan seperti Fulham, Watford dan Newcastle ada berminat untuk mendapatkan Jones secara pinjaman.

Jones bersedia untuk bermain di mana-mana saingan liga selain Liga Perdana Inggeri bagi mendapatkan minit permainan.

United harus bersedia membayar gaji sebahagian Jones ini jika mahu Jones dipinjamkan, ini kerana kelab-kelab di luar sana pasti tidak mampu untuk menanggung gaji penuh Jones yang tinggi sekitar 75k pound seminggu. Pemain antarabangsa England ini pasti mahu mengembalikan karier cemerlangnya pada ketika dia mula-mula menyertai United.

- Advertisement -