Bruno puji James Garner dan Anthony Elanga

0

Pemain-pemain muda United telah memainkan peranan penting bagi perlawanan persahabatan pra-musim kali ini. Ketiadaan pemain-pemain senior yang hadir lewat disebabkan bermain untuk pasukan antarabangsa masing-masing memberikan ruang dan peluang kepada pemain-pemaiun muda ini mempamerkan bakat masing-masing.

Bruno Fernandes telah kembali menjalani latihan pada hujung bulan Julai lepas telah memerhatikan beberapa pemain muda yang dijangka akan memainkanperanan penting kepada pasukan utama United.

Salah seorang yang menjadi perhatian umum adalah pemain bintang tengah United James Garner. Dia telah bermain untuk ketiga-tiga perlawanan persahabatan pra-musim.

Bruno berkata,’Saya rasa saya telah mengenali beberapa pemain. Jimmy Garner, merupakan seorang pemain yang bagus, saya suka cara dia membuat hantaran. Dia sangat aggresif dalam mendapatkan bola juga.’

Lagi seorang pemain yang telah mempamerkan prestasi yang bagus dan menjadi perhatian Bruno adalah Anthony Elanga.

‘Elanga sudah bermain bersama kami dan pada pra-musim kali ini dia sangat hebat. Dia seorang budak yang baik, berkerja keras dan merendah diri. Dia layak menerima pujian dengan prestawsi semasa pada ketika ini. Saya melihat dia mempunyai masa depan yang cerah bersama kami dan begitu juga Jimmy serta pemain-pemain muda yang lain.’

‘Bagaimana dia berlatih dan bermain bersama kami sangat penting pada waktu ini. Dia layak berada dalam pasukan utama dan menjadi sebahagian daripada kami. Saya merasakan dia pasti mendapat peluang bermain dengan kerja keras yang dipamerkannya itu.’

Dengan komen positif yang dilemparkan oleh Bruno, memberi sinar kepada pemain muda ini untuk kekal bersama pasukan utama United pada musim ini. Walaupun ada perkhabaran Jimmy bakal dipinjamkan pada musim ini, namun selagi tiada pemain tengah baru yang hadir, Jimmy layak mendapat peluang berlatih dan bermain bersama pasukan utama United. Bagi Elanga pula, ketiadaan Rashford dan Sancho pada awal permulaan liga ini pasti akan memberi dia peluang untuk mendapat tempat dalam pasukan utama United.

- Advertisement -