Bruno perli cara Rashford bermain ping pong

0

Dalam kesibukan persediaan Rashford dan rakan-rakan pasukan England untuk berhadapan dengan Scotland untuk perlawanan kedua nanti, sempat mereka melepaskan kepenatan dengan bermain ping pong di kawasan hotel penginapan mereka.

Marcus Rashford telah berkongsi gambar di media sosial dia sedang bermain ping pong bersama Raheem Sterling.

Cara Rashford bermain ping pong mendapat perhatian daripada Rio Ferdinand dan Bruno Fernandes.

Ferdinand telah memberitahu Rashford,”Anda tidak boleh memegang ‘bat’ dengan cara begitu.” Fernandes juga bersejutu dan membalas, “Ia mempamerkan kualiti dia sebagai seorang pemain ping pong.”

Rashford kemudian telah membalas persoalan Rio dan Bruno dengan,”Jangan betulkan ape yang tidak salah.” Ia sekaligus membuktikan keyakinan cara dia bermain dan perkara itu berkesan untuk dirinya.

Rashford juga berkesempatan untuk bermain ‘darts’ sebelum sidang media pasukan England.

- Advertisement -