Bruno hantar mesej kepada peminat United

0

Bruno Fernandes telah memastikan yand dia akan kembali berlatih bersama United pada hari Selasa ini.

Fernandes berkata dia sudah bersedia dan sangat bertenaga untuk kembali menyertai rakan sepasukannya untuk sesi latihan pra-musim ini.

Rakan senegara Bruno, Diogo Dalot telah kembali menyertai kem latihan pra-musim pada isnin lepas.

Fernandes diberikan tambahan cuti selepas keperluan kuarantinkan dirinya mengikut peraturan yang telah ditetapkan bagi kemasukan ke UK dari luar negara.

Dia dilihat begitu bersemangat untuk kembali bersama United selepas bercuti bersama keluarganya sejak penyingkiran Portugal dalam Euro 2020.

Fernands telah melengkapkan 1 bulan rehat daripada permainan bola sepak di mana dia sangat memerlukan rehat yang secukupnya.

Dia pasti teruja dengan rekod peribadinya bersama United pada musim lepas. Dia mahu meneruskan kecermelangan itu pada musim ini.

Namun Solskjaer harus bijak menggunakan kepakaran Bruno pada musim ini jika tidak mahu perkara seperti musim lepas berlaku. Desakan Bruno untuk bermain setiap perlawanan telah memberikan impak kepada prestasinya sendiri pada akhir-akhir musim. Faktor kepenatan dan kecergasan akan menjadi isu utama.

Dengan kehadiran Sancho dan kemungkinan 99% Varane, pasti akan merancakkan lagi persiapan pasukan United pada musim ini. Mereka dilihat begitu serius untuk mendapatkan kejuaraan liga pada musim ini.

Para pemain senior di jangka akan mendapat peluang bermain pada perlawanan persahabatan menentang Preston pada Sabtu ini. Perlawanan menentang Brentford adalah terlalu awal bagi pemain-pemain senior ini kembali bermain dan berkemungkinan peluang terakhir bagi pemain-pemain ‘backup’ United mempamerkan aksi sebenar dalam usaha merebut tempat dalam kesebelasan utamam United.

- Advertisement -