Bruno Fernandes tiada sebarang target peribadi untuk Euro 2020

0

Bintang pemain Manchester United BRuno Fernandse telah membantu pasukan Portugal memulakan kempen Euro 2020 kali dengan kemenangan.

Fernandes telah mencipta 3 peluang kepada rakan sepasukan ketika Portugal menewaskan Hungry 3-0. Walaupun dia tidak menjaringkan gol tetapi dia hantarannya membolehkan rakan sepasukan melakukan assist dan menjaringkan gol.

Pemain perancang tengah United ini tidak meletakkkan sebarang target untuk dirinya sebaliknya hanya mengharapkan pasukan Portugal meneruskan rentak kemenangan ini.

Fernandes berkata kepada media Publico,”Apa yang saya ingin capai pada Euro 2020 kali ini adalah dengan membantu rakan sepasukan sebanyak yang boleh. Sama ada saya melakukan percubaan dari dalam atau luar kotak. Asalkan kami berjaya menjaringkan gol.”

“Segala tekanan adalah kepada pengurus kami. Kami merupakan juara bertahan pada edisi yang lepas. Perkara yang paling penting adalah dengan membantu pasukan kebangsaan ini. Perjuangan sepasukan adalah sangat penting ketika ini. Jika saya tidak ada di atas padang untuk perlawanan, saya akan berada di padang ketika sesi latihan bersama rakan sepasukan.”

Portugal mempunyai misi penting utnuk mendapatkan 3 mata ketika mereka berhadapan dengan Jerman atau Perancis. Kedua-dua perlawnaan ini sangat getir bagi pasukan Portugal.

“Kita tidak perlu memperkatakan mengenai pasukan Jerman. Mereka merupakan satu pasukan yang hebat dengan dibarisi pemain-pemain berkualiti. Mereka bukanya beraksi dengan tidak baik pada perlawanan pembukaan, tetapi pasukan yang mereka lawan iaitu Perancis lebih baik pada ketika itu. Jadi bagi kami ia akan menjadi perlawanan yang sukar ketika bertemu keuda-dua pasukan ini.”

- Advertisement -