Bruno Fernandes teruja dengan permulaan musim ini

0

Manchester United sedang menghampiri fasa terakhir utuk mendapatkan Raphael Varane pda perpindahan musim ini. Bruno Fernandes dilihat begitu gembira dengan keadaan tersebut.

Pada awal pagi ini, Fabrizio Romano telah melaporkan di laman Twitternya. United semakin hampir dalam perbincangan harga perpindahan Varane dan yakin ia akan berjaya.

Oleh yang demikian, berkemungkinan segala urusan jual beli akan lengkap pada minggu ini jika kedua-dua pasukan ini mencapat persetujuan. Varane tidak diturunkan pada perlawanan persahabatan di mana Real Madrid tewas 1-2 kepada Rangers.

Selepas 22 minit mesej yang di sampaikan Romano, Bruno terus muat naik mesej di laman Twitternya. Bruno kelihatan gembira dengan potensi perpindahan Varane ke United.

Bruno pada sebelum ini telah menyambut baik kehadiran Sancho ke United. Jelas sekali mesej yang disampaikan oleh Bruno kali ini berkaitan dengan Varane.

Kami masih mengingati kisah perpindahan Bruno ke United. United gagal mendapatkan Bruno pada 2019 namun 6 bulan selepas itu, perpindahan tersebut berjaya.

Bagi Varane pula, United pernah berusaha untuk mendapatkannya pada tahun 2011 namun usaha tersebut gagal dan sekarang sinar tersebut kembali dan semakin hampir.

Varane pada kemuncak kariernya telah berjaya memenangi 4 kali kejuaraan Piala Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia. Dia merupakan salah seorang pertahanan terbaik dunia pada waktu itu.

- Advertisement -