Martinez membantu United melakar kemenangan 3-1 ke atas Arsenal, walaupun terpaksa digantikan lewat permainan akibat kecederaan kecil. Dia telah digantikan dengan Harry Maguire namun berita baiknya kecederaan yang dialaminya tidak begitu serius.
Pemain Argentina itu tidak merujuk kepada sebarang kecederaan dalam mesej selepas perlawanan, memuji kejayaan pasukan dan sokongan.
Dia dipuji oleh rakan sepasukan United, pemain-pemain muda, dan kapten pasukan. Bruno telah menggelarnya sebagai seorang binatang. Permainan yang begitu agresif dipamerkan Ketika berhadapan dengan Jesus amat menarik perhatian peminat. Martinez juga kekal tenang walaupun dikasari oleh Jesus secara sengaja.
Look what Gabriel Jesus did to Lisandro Martinez for pocketing him, but Arsenal fans won't see it because they're busy crying that Man Utd thrashed them..pic.twitter.com/ZNaWnNASmt
— UtdFaithfuls (@UtdFaithfuls) September 5, 2022
Sikap Martinez dan nama samaran ‘butcher’ itu telah memberikan impak kepada peminat Manchester United, terutama Ketika persembahannya menentang Liverpool dua minggu lalu. Penjualan jersi bernamakan Martinez begitu mendapat sambutan.
The players' reaction to Lisandro Martinez's Instagram post ? pic.twitter.com/kuPyc6egy1
— UtdDistrict ? (@UtdDistrict) September 5, 2022
Beliau telah menjalin perkongsian yang hebat dengan Raphael Varane,sekaligus mengubah cara United bertahan. Mereka dilihat menjadi lebih agresif dan pantas dalam mengekak asakan pemain pasukan lawan.
Martinez mungkin akan berehat pada malam Khamis untuk Liga Europa, sebelum kembali ke dalam kesebelasan utama dalam Liga Perdana hujung minggu depan, jika kecergasannya dibenarkan.