Bruno Fernandes meraikan kehadiran Raphael Varane

0

Bruno Fernandes telah meraikan kehadiran Raphael Varane ke United. United telah memaklumkan secara rasmi persetujuan rasmi di antara kedua-dua pasukan mengenai perpindahaan Varane.

Fernandes yang telah kembali menjalani latihan bersama pasukan United dilihat bergitu bertenaga dan semangat. Kehadirannya pada hari tersebut dilengkapkan dengan kehadiran pemain baru ke United.

Menurut laporan BBC Sport, United membayar 34.2 juta pound dengan syarat tambahan untuk membawa Varane ke Old Trafford.

Varane akan melengkapkan perpindahannya ke United pada minggu ini selepas menjalani kuarantin. Dia akan hadir ke United untuk menjalani sesi ‘medical check up’, bergambar dan temu bual bersama kelab. Secara logiknya, dia akan berlatih bersama pasukan bermula minggu hadapan.

- Advertisement -