Bruno Fernandes kagum dengan perkembangan baik Raphinha

0

Siapa Raphinha? Raphinha telah melengkapkan perpindahan dari Rennes ke Leeds United pada awal musim ini. Bruno gembira melihat perkembangan baik bekas rakan sepasukannya itu ketika dia pernah bermain bersama di Sporting Lisbon. Raphinha kini dikatakan menjadi buruan pasukan Liverpool. Belum semusim lagi dia berada di Liga Perdana Inggeris, pemain ini sudah berjaya menarik minat beberapa pasukan.

Liverpool dikhabarkan sedang mencari seorang pemain sayap baru. Khabar angin kuat mengatakan yang Liverpool berminat untuk mendapatkan Raphinha. Liverpool telah menghantar wakil untuk memerhati dan memantau perkembangan pemain ini. Hasilnya dikatakan Liverpool berminat untuk mendapatkan pemain berusia 24 tahun ini pada hujung musim.

Liverpool dikatakan sudah pun mendapatkan Diogo Jota pada musim ini, menerima desakan untuk mendapatkan lagi pemain yang berkualiti di bahagian serangan. Kehadiran Raphinha pasti memberi Liverpool lebih banyak pilihan di bahagian serangan mereka pada musim hadapan.

Nama Raphinha masih baru dalam kancah bola sepak inggeris. Pemain berasal dari Brazil ini berjaya melengkapkan perpindahan ke Leeds dengan nilai 17-18 juta euro pada awal musim ini. Nama dia kini semakin dikenali sejak Liverpool menyatakan minat untuk mendapatkannya. Pemain sayap kidal ini pernah bermain dengan Bruno Fernandes semasa mereka di Sporting Lisbon. Pujian Bruno terhadap Raphinha menyebabkan peminat Liverpool semakin ghairah untuk mendapatkan Raphinha.

‘Saya amat rindukan Raphinha. Saya dan dia mempunyai persefahaman yang bagus semasa di Sporting Lisbon. Dia sentiasa dapat membaca hantaran yang saya lakukan kepada dia. Dia merupakan pemain yang rajin dan kerap berusaha bersungguh-sungguh sama ada di dalam perlawanan atau sesi latihan.’

- Advertisement -