Bruno Fernandes janji United akan bangkit

0

Bruno telah menjaringkan hatrik pada perlawanan pertama United ketika menentang Leeds United pada minggu lepas dan itu merupakan permulaan yang baik buat kariernya bersama United. Namun kecermelangan itu terhenti pada perlawanan ke-2 United.

Bruno gagal mempamerkan aksi yang baik dalam perlawanan tersebut dan dilihat sedikit tertekan selepas menjadi punca kepada gol pasukan tuan rumah. Bruno dilihat sengaja memperlahankan kawalan bola dan seterusnya dia dijatuhkan oleh pemain tuan rumah, namun pengadil tidak memberikan sepakan percuma kepada tindakan tersebut. Disebabkan itu, pasukan Southampton berjaya mendapatkan gol pendahuluan pada separuh masa pertama.

Malam tadi bukanlah malam yang terbaik buat Bruno selepas dia hanya mampu mencipta 2 peluang untuk rakan sepasukan dan sepakan percuma jarak dekatnya untuk United hanya terkena benteng pertama pasukan tuan rumah. Namun United telah memperolehi jaringan penyamaan hasil gerakan cantik Bruno dan Pogba dalam kotak penalti yang membolehkan Mason Greenwood menjaringkan gol tersebut.

Bruno merasakan keputusan 1-1 pada perlawanan malam tadi kurang memuaskan kerana mereka seharusnya mendapatkan 3 mata penuh. Bruno berjanji United akan bangkit pada perlawanan seterusnya menentang Wolves pada minggu hadapan. Itu merupakan perlawanan terakhir pada bulan ini untuk memberi raung kepada perlawanan antarabangsa. Kemenangan sahaja pasti akan mengubati kekecewaan peminat.

- Advertisement -