Bruno Fernandes hantar mesej kepada Sancho selepas kemenangan United ke atas Everton

0

Bruno Fernandes telah menjaringkan gol dari sepakan percuma yang cantik ketena melihat Manchester United menang besar 4-0 ke atas Everton.

Mason Greenwood dan Harry Maguire berjaya meletakkan United di hadapan sebelum Bruno menjaringkan gol yang istimewa untuk peminat-peminat yang hadir ke Old Trafford untuk kedudukan 3-0.

Pemain yang baru United tandatangani Jadon Sancho, telah menonton perlawanan ini dari rumah. Sancho meraikan gol yang United hasilkan di laman Twitternya.

Selepas tamat perlawanan, Bruno telah membalas mesej Sancho dengan keterujaan untuk bermain bersama dengan pemain antarabangsa England itu.

‘Saya berasa cukup bersedia. Saya telah berehat secukupnya dengan baik.Perlawanan hari ini bukan perlawanan liga, perlawanan menentang Leeds nanti adalah yang sebenarnya.’

‘Hari ini semua pemain melakukan peranan masing-masing dengan baik, pada awal minit sehingga ke minit terakhir. Semua diantara kami berjaya mendapat peluang minit bermain dan mempraktikkan apa yang kami lakukan semasa sesi latihan.’

‘Bermula hari ini, kami mempunyai 1 minggu lagi persediaan yang perlu kami lakukan. Kami harus bersedia kerana perlawanan selepas ini adalah berbeza dari segi ‘intensity’, berlainan pasukan dan corak permainan mereka.’

‘Kami perlu tahu apa yang kami akan hadapi dan kami berharap mendapat kejayaan yang bagus seperti perlawanan pada hari ini.’

Berkemungkinan Sancho masih belum bersedia pada perlawanan awal musim ini. Namun Bruno telah memberikan isyarat penting yang dia inginkan kejayaan bersama pasukan United pada musim ini. Namun United tidak boleh berharap 100% kepada kreativiti Bruno sahaja.

- Advertisement -