Berita Terkini

Bruno Fernandes bermain lebih baik tanpa pemain ini?

04c40bff Adf9 4f46 B8f1 631619be747d

Prestasi United selepas dua perlawanan awal ada naik turunnya. Dalam proses untuk mendapatkan keserasian dan momentum dalam pasukan, hal itu normal dan sebahagian daripada pembinaan semula pasukan.

Namun, dalam pada itu, prestasi pemain individu juga dinilai dalam aspek ini. Bagi pemain perancang United, Bruno Fernandes belum menjumpai aura sebenarnya dan kualiti yang ada pada dirinya..

Untuk musim ini, dia berperanan sebagai pemimpin diatas padang disebabkan ketua pasukan original Harry Maguire tidak tersedia. Ya, dalam banyak isu mengapa Maguire digugurkan. Disebabkan prestasi dan kecederaan..

Bruno Fernandes mempamerkan aksi yang baik ketika berdepan Spurs dan menjaringkan satu gol. Hasil itu, ini adalah persembahannya yang terbaik setakat musim ini.

Bagi penyerang berbisa di EPL, Alan Shearer berpendapat bahawa pemain tengah itu bermain baik jika tiada Cristiano Ronaldo dihadapan nya. Dan ianya berlaku ketika United membenam cabaran Spurs di Old Trafford.

Alan Shearer berkata bahawa Bruno Fernandes bermain lebih bebas dan longgar jika Ronaldo tidak bermain .

“Adakah saya akan marah jika saya katakan Bruno kelihatan lebih gembira dalam pasukan ini tanpa Ronaldo?”

“Saya hanya melihat bahawa prestasinya malam ini dan tenaga nya dan melihat kepimpinannya serta kualiti yang ditawarkan baik secara bertahan mahupun menyerang dan dia telah melakukan begitu banyak untuk mereka dalam persembahan malam ini.. dia berhak mendapat gol itu”

Untuk perlawanan seterusnya United akan berdepan Chelsea di Stamford Bridge dan Ronaldo tidak akan bersama skuad United kerana digugurkan awal dalam perlawanan ini..

Adakah Bruno Fernandes akan menyerlah sekali lagi? Sama-sama kita nantikan esok..

 

 

Lain-Lain Artikel