Bruno Fernandes berharap United kembali fokus

United perlu mendapatkan kembali momentum kemenangan.

Getty Images
0 49

Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes memberi amaran tegas dan tidak berpuas hati dengan keadaan pasukan United pada akhir-akhir musim ini. Menurutnya, pemain harus kekal fokus dan jangan terlalu sibuk memikirkan kejayaan pasukan United setelah berjaya mara ke final Liga Europa.

Setelah memastikan layak ke final Liga Europa, United malah mengalami dua kekalahan berturut-turut di tempat sendiri, iaitu menentang Leicester City dengan jaringan 1-2, dan yang terakhir dikecewakan oleh Liverpool dengan jaringan 2-4.

“Keyakinan kita mesti dikekalkan. Kami tahu apa yang telah kami lakukan musim ini. Tetapi setelah mengalami kekalahan tersebut, ia sangat menyakitkan. Kita harus memahami dan belajar dari ini, “kata Fernandes yang dipertik dari Mirror.

“Kami harus terus meningkat prestasi dan kami tahu kami belum berada di tahap terbaik. Sudah tiba masanya untuk kita meninggalkan kesilapan yang kita mengembalikan semula aura kemenangan pada perlawanan seterusnya, ”sambung pemain Portugal itu.

“Kami merasa kecewa setelah perlawanan menentang Liverpool. Kami harus bermain dengan lebih baik dan kami harus melakukannya dalam perlawanan menentang Fulham untuk memastikan tempat kedua adalah milik kami secara rasminya, “kata mantan pemain Sporting CP itu.

Sementara itu, Bruno Fernandes telah memecahkan rekod Frank Lampard untuk jaringan gol terbanyak yang dijaringkan oleh pemain tengah Liga Perdana dalam satu musim. Ia merupakan penghormatan yang terbaik dalam kariernya sejak datang menyertai United.