Bruno dan Ronaldo meletup

0

Bruno Fernandes telah membuat persediaan yang bergaya dalam perlawanan terakhir sebelum memulakan kempen Euro 2020 nanti. Bruno telah menjaringkan 2 gol dalam kemenangan Portugal ketika menewaskan Israel.

Bruno telah menjaringkan gol pertama ketika dia mendapat ruang yang terbuka luas di dalam kotak penalti. 2 minit kemudian Fernandes telah mencipta ‘assist’ untuk gol kedua Portugal menerusi serangan balas mereka yang disudahkan dengan sempurna oleh Cristiano Ronaldo.

Portugal telah memenangi perlawanan dengan jaringan 4-0. Bruno sekali lagi menjaringkan gol pada minit kecederaan menerusi sepakan lambung dari luar kotak penalti yang menerjah jaring di sudut tiang gol.

Ia merupakan gol ketiga dan keempat bagi karier Bruno bersama dengan pasukan Portugal sejak gol yang dihasilkannya pada tahun 2019. Kemarau gol yang menimpanya berakhir sebelum kempen Euro 2020 ini bermula.

Kita juga dapat lihat keserasian Bruno digandingkan bersama Ronaldo bagi pasukan Portugal. Jika melihat kepada status dua pemain ini, mereka merupakan di antara pasukan pilihan untuk juara.

Pemain terbaik bagi pasukan United bagi musim ini berada dalam prestasi terbaiknya pada ketika ini. Dia telah melakukan 101 sentuhan dan melakukan 7 sepakan ke arah gol pasukan lawan. 2 daripadanya telah diselamatkan dan 2 di antaranya telah masuk.

Bruno juga telah mencipta ‘assist’ untuk gol Ronaldo dan 5 peluang lain untuk rakan sepasukannya dalam percubaan menjaringkan gol. Dia juga telah memenangi 6 ‘duels’ dan 9 kemenangan bola ‘recoveries serta 2 ‘dribbles’ ke atas pemain lawan.

Portugal dalam misi untuk mengekalkan kejuaraan yang dimiliki mereka pada edisi sebelum ini. Mereka berada dalam kumpulan yang sukar selepas diundi bersama pasukan Perancis, Jerman dan Hungary. Ketika-tiga perlawanan akan berlangsung di Budapest.

Ia pasti menjanjikan pertembungan yang hebat dan bagi peminat-peminat United pasti mengharapkan Portugal terus mara jika tidak ia merupakan perkara yang menyedihkan bagi Bruno pada musim ini.

Seitdak-tidaknya mereka Bruno pasti berharap untuk memenangi kejuaraan Euro 2020 kali ini sebagai mengubati kekecewan United pada Piala Europa lepas.

- Advertisement -