Berita Terkini

Brighton berminat untuk menandatangani Brandon Williams

Brighton-berminat-untuk-menandatangani-Brandon-Williams

Brighton & Hove Albion berminat untuk menandatangani pemain Manchester United, Brandon Williams dengan harga £15 juta, menurut Mirror.

Nampaknya Graham Potter boleh berasa lega selepas gosip perpindahan Marc Cucurella dengan ketibaan pemain berusia 21 tahun itu.

Pemain Sepanyol itu, yang tiba di Stadium Amex musim panas lalu dari Getafe, adalah prospek utama perpindahan untuk Manchester City selepas mereka menjual Oleksandr Zinchenko kepada Arsenal.

Walaupun City setakat ini masih berada dalam perbincangan perpindahan bernilai £50 juta, Potter nampaknya merancang untuk meneruskan persediaan pasukannya tanpa pemain berusia 24 tahun itu.

Selepas tidak mendapat tempat daripada skuad 31 orang Erik ten Hag yang pergi ke Thailand dan Australia, kerana ‘isu kecil’, peluang pemain antarabangsa England Bawah-21 itu untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan atau pemain gantian adalah begitu tipis.

Dengan Diogo Dalot dijangka akan mengekalkan tempat di bahagian kanan dan Tyrell Malacia tiba untuk mencabar Luke Shaw untuk tempat posisi bek kiri, Williams mungkin perlu meninggalkan Old Trafford untuk meneruskan karier bola sepak bagi mendapatkan minit permainan.

Williams berjaya membuat 25 penampilan perlawanan di semua pertandingan untuk Norwich City musim lalu, namun dia gagal membantu pasukan tersebut untuk terus kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pemain United berjersi nombor 33 itu telah membuat 50 penampilan bersama United, 36 daripadanya datang dalam kejayaannya pada musim 2019-20 di bawah Ole Gunnar Solskjaer.

Tetapi berikutan kedatangan Alex Telles dan kebangkitan Shaw, Williams hanya mampu membuat 14 penampilan untuk Red Devils pada kempen berikut.

Pemain muda itu sebelum ini bercakap tentang mahukan jaminan masa bermain dengan pasukan pertama sebelum kembali ke Manchester United, tetapi nampaknya dia tidak akan diberi jaminan itu.

Perpindahan £15 juta ke Seagulls boleh menjadi langkah terbaik untuk semua pihak dan Potter mempunyai rekod prestasi yang terbukti untuk membangunkan karier pemain muda.

Ia akan menyedikan untuk melihat lulusan pemain akademi Manchester United meninggalkan kelab, tetapi perpindahan ke Brighton mungkin akan menjadi yang terbaik untuk kerjaya Brandon Williams dan nilai £15 juta boleh dianggap perniagaan yang baik.

Lain-Lain Artikel