Brandon Williams semakin hampir ke Southampton secara pinjaman

0

Southampton yakin dapat melengkapkan perpindahan secara pinjaman pemain pertahanan United, Brando Williams sebelum kempen liga bermula menurut laporan Athletic.

Mereka memerlukan Williams untuk persediaan awal pra-musim secepat yang mungkin.

Dalam ketika itu, Williams kini berlatih seperti biasa bersama pasukan United dalam persediaan pra-musim yang bermula semalam.

Perbincangan masih berlangsung. Laporan akhbar itu memberitahu, belum ada persetujuan kontrak bagi kedua-dua pihak dan beberapa perkara seperti bayaran pinjaman dan status pemain ketika dipinjamkan. United amat menitik beratkan mengenai status pinjaman kerana mahukan minit permainan bagi pemain tersebut.

Southampton telah membayar gaji penuh ketika meminjam pemain Liverpool Takumi Minamino pada Januari lepas. United pasti mahukan perkara yang sama seperti itu.

Williams telah bermain bersama pasukan senior United pada 2019/2020 ketika mana Luke Shaw dalam kecederaan dan dia bermain dengan baik sekali.

Tetapi pada musim lepas, dia hanya membuat 14 penamilan dan ia tidak cukup untuk perkembangan seseorang pemain muda.

Southampton memerlukan pemain pertahanan ‘full-back’ pada ketika ini dan Williams antara calon yang sesuai. Perkara ini pasti akan memberikan dia peluang untuk bermain dalam kesebelasan utama pasukan Southampton.

Dia banyak bersama pasukan senior United, dan sudah tiba masanya untuk dia mempamerkan sesuatu dengan Southampton dalam kancah Liga Perdana Inggeris ini. Ini akan membantu perkembangannya sebagai seorang pemain muda yang lebih berkualiti seperti yang pernah Southampton lahirkan iaitu Luke Shaw.

- Advertisement -