Brandon Williams bergelut ketika berhadapan Ismail Saar

0

Pemain muda United yang di pinjamkan ke Norwich City, Brandon Williams dilihat akan kembali bangkit selepas berhadapan perlawanan yang sukar ketika mana dia terpaksa berhadapan dengan pemain dari Watford. Ismali Sarr merupakan pemain sayap yang sedang meningkat naik prestasinya pada ketika ini.

Pemain akademik United itu diberi tugas untuk menghalang pergerakan Sarr, namun dia gagal melakukannya. Dia tidak mampu memberikan saingan kepada kepantasan yang dimiliki Sarr yang telah menjaringkan 2 gol untuk membolehkan Watford menang 3-1 ke atas Norwich City. Pemain antarabangsa Senagel itu telah menjaringkan 3 gol pada musim ini dan jumlah tersebut adalah separuh daripada jumlah jaringan keseluruhan pasukannya itu.

Pemain berusia 23 tahun ini berada di belakang pendahulu penjaring gol ketika ini Salah, Bruno dan Antonio. Brandon William berhadapan dengan seorang pemain yang pantas dan lincah dalam liga. Hanya Allan Saint Maximin dan Adama Traore yang mempunyai statistik yang lebih tinggi daripada Sarr untuk ‘dribbles per game.’ William kerap kantoi pada garisan tinggi pertahanan Norwich di mana memberikan peluang kepada Sarr untuk berlari di kawasan terbuka tersebut dan menghukum pertahanan pasukan Norwich City.

Pada minggu sebelum ini William beraksi cemerlang menghentikan asakan daripada pemain sayap Arsenal, Nicolas Pepe sekaligus menerima pujian dikalangan peminat Norwich. Namun pada minggu ini, William gagal mengulangi prestasi tersebut. Namun aksi-aksi sebegini bagus untuk memberikan pengalaman dan pembangunan kepada perkembangan pemain pertahanan muda ini. Ini adalah mengapa sebab utama dia dipinjamkan.

Ismail Sarr pada sebelum ini hampir menyertai United menurut bekas pegawai teknikal pasukan Watford Filippo Giraldi.

- Advertisement -