Brandon William menerima pujian dari peminat Norwich dan Arsenal

0

Dikala kita sedang meraikan kejayaan United yang menang bergaya ke atas Newcastle 4-1 di Old Trafford, ada seorang pemain muda United, Brandon Williams bermain untuk pasukan Norwich pada ketika itu.

Williams telah beraksi dalam perlawanan yang melibatkan pertembungan 2 kelab bawahan liga iaitu di antara Norwich dan Arsenal. Keputusan berakhir dengan kemenangan kepada Arsenal 1-0.

Kompilasi video aksi Williams pada malam tadi.

William merupakan di antara pemain terbaik untuk pasukan Norwich. Dia berjaya mengekang asakan pemain sayap Arsenal, Pepe. Dia telah melakukan 5 ‘tackles’ dan 3 ‘clearances’ dan merupakan yang terbanyak daripada semua pemain di atas padang.

Pemain pertahanan kiri ini mendapat pujian daripada peminat-peminat Norwich dan Arsenal sendiri. Dia telah bermain dengan penuh bertenaga dan bersemangat walaupun sekadar pinjaman untuk 1 musim untuk pasukan Norwich. Namun Norwich masih lagi belum mencatatkan sebarang kemenangan pada musim ini.

Kemenangan tunggal yang mereka perolehi adalah ketika Piala Carabao di mana mereka mencatatkan kemenangan bergaya 6-0 ke atas Bournemouth. Williams perlu meneruskan prestasi terbaiknya ini kerana dia mempunyai potensi yang sangat baik untuk pasukan United pada masa depan. Kekalahan yang dialami pasukan Norwich boleh dijadikan semangat kepada anak muda ini untuk terus membantu pasukannya itu berjaya kekal dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

- Advertisement -