Berita Terkini

Boubacar Kamara merupakan ejen bebas pada hujung musim ini [Video]

Boubacar-Kamara-merupakan-ejen-bebas-pada-hujung-musim-ini

Boubacar Kamara berusia 22 tahun akan menjadi ejen bebas pada hujung musim ini. United sepatutnya boleh mempertimbangkan kemasukan pemain muda ini.

Kamara pernah berada di dalam pemantauan pegawai peninjau United pada bulan Januari lepas menurut laporan Athletic.

Dengan tawaran kontraknya bersama pasukan Marseille masih tertangguh, Kamara dijangka akan mendapat tawaran daripada pasukan United pada hujung musim ini. Menurut wartawan terkenal, Fabrizio Romano, United masih lagi tidak memulakan sembarang langkah untuk menandatangani pemain baru sehingga pengurus tetap mula bekerja.

Kamara merupakan watak utama di bahagian tengah bagi pasukan Marseille. Namun nasib tidak begitu baik untuk pasukan tersebut selepas tewas kepada Feyenoord pada perlawanan separuh akhir Piala ‘Europa Conference League’.

Namun, Kamara kembali membantu pasukannya itu selepas Marseille menewaskan Lorient 3-0. Dia merupakan nadi di bahagian tengah sepanjang tempoh 90 minit permainan. Kamara melakukan 89 sentuhan bola dengan 72 daripada 77 hantaran tepat yang berjaya dilakukannya. Dia telah memenangi 9 ‘individual’ jika dibandingkan Scott McTominay  yang melakukan kosong ‘individual’ ketika perlawanan menentang Brighton. Kamara juga telah memenangi 3 daripada 4 ‘tackle’,  1 ‘interception’, 2 ‘clearance’ dan 5 ‘ball recoveries’.

Perpindahan Kamara ke United pasti akan memberikan risiko yang besar kepada pasukan United. Nama Kamara bukanlah hebat jika dibandingkan dengan Aurelien Tchouameni, Kalvin Philips, Adson Alvarez, joao Pahinha dan pemain pertahanan tengah yang lain.

Namun United tidak akan rugi kerana perpindahan tersebut adalah percuma. United boleh memberikan ruang dan peluang kepada pemain senior berusia seperti Nemanja Matic. Mengapa tidak kepada pemain muda ini. Matic akan meninggalkan United pada hujung musim ini. Kamara masih muda dan mempunyai masa depan yang cerah.

Antara aksi Kamara bersama pasukan Marseille

Lain-Lain Artikel