Berita Terkini

Bos QPR Beale memuji Ethan Laird selepas menjaringkan gol pertama liga senior

Bos-QPR-Beale-memuji-Ethan-Laird-selepas-menjaringkan-gol-pertama-liga-senior

BOS QPR, Michael Beale memuji pemain manchester United, Ethan Laird selepas bek kanan itu menjaringkan gol pertama liga seniornya.

Ethan merupakan pilihan utama dalam keempat-empat perlawanan sebelum ini untuk pasukan QPR sejak menyertai pinjaman selama semusim, pemain berusia 21 tahun itu kelihatan telah begitu selesa dengan persekitaran baharunya dan menghasilkan persembahan amat positif.

QPR mencatatkan kemenangan 3-2 Sabtu lalu di Watford, pemain nombor 27 QPR itu menjaringkan gol kedua pasukannya dalam kemenangan 3-1 malam tadi menentang Hull City di Loftus Road.

Lebih menggembirakan Beale, Laird secara klinikal berjaya menggunakan kaki kirinya walaupun dia sebenarnya pengguna kaki kanan. Bercakap selepas kemenangan malam tadi yang membawa QPR ke tempat keempat selepas tujuh perlawanan liga, Beale kagum dengan sokongan penuhnya dan teruja untuk melihat betapa baik persembahan Ethan dan Kenneth.

Beale berkata: “Anda benar-benar dapat melihat apa yang Kenneth [Paal] dan Ethan [Laird] membawa sesuatu kepada pasukan di bahagian tepi. Saya rasa ada banyak lagi yang akan datang, itulah perkara yang menarik. Saya berkata kepada mereka selepas 20 hingga 30 minit pertama apabila kami mendapat gol, anda perlu pergi [ke hadapan] sepanjang masa, tetapi mereka adalah lelaki muda dan mereka teruja – mereka merasakan mereka mempunyai tenaga.”

Tiada pemain dari mana-mana pihak membuat percubaan lebih banyak ke arah pintu gol berbanding Laird (3) malam tadi, menurut WhoScored.

Laird berharap dapat mengekalkan prestasi memberangsangkannya untuk hari Sabtu ini apabila QPR akan berdepan Swansea City, pasukan yang bek kanan menghabiskan separuh pertama musim lalu secara pinjaman.

Lain-Lain Artikel

Jersi Terbaru Manchester United

Lain-Lain Artikel

Galeri Gambar