Buletin Manchester United

Boca-Juniors-intai-khidmat-Edinson-Cavani

Boca Juniors intai khidmat Edinson Cavani

Selepas mendapatkan khidmat Marcos Rojo pada perpindahan Januari lepas, kelab Argentina, Boca Juniors terus memasang impian untuk mendapatkan khidmat penyerang veteran Manchester United, Edinson Cavani. Boca Juniors mempunyai hubungan yang baik dengan United pada sebelum ini selepas mereka berjaya melengkapkan perpindahan Rojo. Boca juga turut pernah membuat tawaran kepada penjaga gol United iaitu, Sergio Romero.

Boca Junior pada ketika ini telah diperkuatkan dengan barisan pemain veteran seperti Carlos Tevez dan Mauro Zarate mempunyai reputasi  yang cemerlang di Argentina dan juga Amerika Selatan. Edinson Cavani yang masih mempunyai kontrak sehingga akhir musim ini. Namun United mempunyai kelebihan untuk mengaktifkan 1 tahun tambahan kontrak kepada Cavani.

Pemain daripada Uruguay ini berjaya memberikan impak yang positif kepada pasukan United pada musim ini. Ole Gunnar Solskjaer sangat berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Cavani. Kehadiran Cavani banyak membantu pemain-pemain muda untuk mempelajari dan menimba pengalaman yang berharga. Cavani telah menjaringkan 7 gol pada musim ini.

Menurut ESPN, Juan Roman Riquelme wakil Boca Juniors ada memberitahu yang mereka berminat untuk mendapatkan khidmat Cavani. Riquelme dikatakan sedang dalam perbincangan dengan Cavani mengenai masa depannya. Cavani pernah menyatakan pada sebelum ini yang dia akan kekal di eropah selagi khidmat dia diperlukan atau boleh digunakan sebaik mungkin oleh pasukan tersebut. Jelas sekali Cavani pasti akan menyambung kontrak lagi setahun sebelum dia berpindah ke kampung halamannya.

‘Saya berasa baik pada ketika ini. Saya akan kembali ke Amerika Selatan apabila khidmat saya tidak lagi diperlukan di eropah ini. Saya masih lagi akan berusaha untuk memberikan persembahan terbaik kepada pasukan yang saya wakili. Saya akan bermain 2 tahun di sini sebelum pualng ke Ameria Selatan.’