Bintang Pujaan

0

Berita mengejutkan datang dari kem Manchester United kerana menurut beberapa sumber bintang pujaan ramai Jesse Lingard dilaporkan akan akan digugurkan dari skuad Manchester United untuk memberi ruang kepada Amad Diallo. Manchester Evening News mendedahkan bahawa pengurus Manchester United Ole Gunnar Solskjaer bersedia untuk memasukkan nama Diallo ke dalam pasukannya.

Menurut laporan itu, Solskjaer merancang untuk mengugurkan Jesse Lingard dari skuad yang dia daftarkan untuk EPL Ini kerana United mempunyai kuota terhad untuk mendaftar pemain.Sementara itu slot pemain mereka masih penuh. Dan disebabkan itu Solskjaer merancang untuk mengeluarkan nama Lingard dan kedudukannya itu digantikan oleh Diallo.
Dalam laporan sama,Solskjaer dilaporkan mempunyai rancangan untuk Lingard demi perjalanan karier pemain itu.

Solskjaer dikatakan merancang untuk meminjamkan pemain itu kepada Sheffield United kerana dia tidak dapat memberi jaminan untuk memberi minit permainan yang lebih buat bekas lulusan akademi United itu. Dalam pada masa yang sama,Solskjaer juga mengatakan bahawa Diallo berpotensi untuk membuat debut bersama skuad utama United. Solskjaer mengatakan kemungkinan pemain itu akan melakukan debut pada awal Februari bersama skuad utama The Red Devils.

- Advertisement -