Ini adalah masa yang mencabar bagi pertahanan tengah dari Sweden baru-baru ini, dengan rentetan persembahan yang dipertikaikan selepas gandingan Jonny Evans dan Maguire yang dilihat lebih menyerlah.
Ketika menentang Luton Town, Lindelof dan Maguire bermain dengan cemerlang dan berjaya mengelakkan gawang United daripada dibolosi. Menentang pasukan yang berada di zon penyingkiran bukan sesuatu yang mudah, United bernasib baik kerana Andre Onana berjaya mempamerkan aksi cemerlang terutama ketika menyelamatkan percubaan Carlton Morris.
Rentetan dengan persembahan cemerlang Lindelof ini, dia berjaya menempatkan namanya bersama nama-nama besar seperti Vinicius Junior dan Kylian Mbappe dalam anugerah WhoScored.
Lindelof telah dikaitkan dengan pemindahan dari kelab pada musim panas ini, dengan Juventus disebut-sebut menjadi kemungkinan destinasi tersebut.
Berikut adalah pasukan WhoScored penuh untuk minggu ini di Eropah:
- Paulo Gazzaniga 8.87
- Victor Lindelof 8.21
- Marquinhos 8.20
- Alberto Dossena 8.43
- Leroy Sane 9.91
- John McGinn 8.93
- Tomas Soucek 8.51
- Oleksandr Zinchenko 8.80
- Rodrygo 10.0
- Kylian Mbappe 10.0
- Vinicius Junior 10.0