Bielsa:”tiga gol dalam masa yang singkat membuat kami kalah”

0

Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa,mengulas mengenai perlawanan diantara Manchester United vs Leeds United pada semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Old Trafford skuad Bielsa terpaksa akur dengan kehebatan barisan pemain United selepas diaibkan dengan jaringan 5-1.

 Bielsa mengakui bahawa United bermain dengan lebih baik berbanding The Whites.Pada perlawanan itu, Man United telah mendahului pada babak pertama menerusi aksi Bruno Fernandes pada minit ke-30.Pada awal babak kedua, Leeds menyamakan kedudukan menerusi aksi Luke Ayling pada minit ke-49, tetapi selepas itu United menjaringkan empat gol tambahan menerusi Bruno Fernandes, Mason Greenwood dan Fred.

“Sulit bagi kami untuk merebut kembali bola dan sukar bagi kami untuk membuat bahaya di depan mulut gol mereka.

“Setelah kami menyamakan kedudukan, mereka menjaringkan empat gol berturut-turut dan kami tidak dapat menunjukkan reaksi,” kata Bielsa sejurus tamat perlawanan yang dilaporkan oleh Tribal Football.

“Secara keseluruhan, mereka tampil lebih baik daripada kami.Tiga gol yang diciptakan berturut-turut dalam waktu singkat membuat kami kalah.

- Advertisement -