Bernard buat penampilan pertama secara pinjaman bersama Hull City ketika mereka menewaskan United bawah 23 tahun

0

Di’Shon Bernard telah menyertai Hull City secara pinjaman. Dia telah berjaya membuat penampilan pertama bersama kelab tersebut dalam perlawanan persahabatan pra-musim.

Apa yang menariknya, pasukan Hull City telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan bawah 23 tahun United.

Joe Hugill dan Charlie Savage bermula dalam kesebelasan utama pasukan bawah 23 tahun United. Pemain yang baru ditandatangani United, Paul McShane juga bermain dalam perlawanan tersebut menentang bekas kelabnya itu.


Semua berjalan dengan baik untuk Di’Shon Bernard kerana dia bermain 90 minit permainan dengan kejayaan mengekalkan ‘cleen sheet’ sehingga tamat perlawanan tersebut.

Dalam perlawanan tersebut 1 layanan kad merah telah diterima oleh pemain bawah 23 tahun United ketika masa berbaki 9 minit. Namun keadaan tersebut tidak mengubah kedudukan Hull City yang telah mendahului 2-0.

Perlawanan pasukan United bawah 23 tahun ini merupakan ujian yang baik bagi mereka untuk persedian musim baru yang akan bermula pada bulan hadapan. Bagi Hull City mereka mempunyai 1 minggu baki persiapan yang harus dimanfaat dengan baik.

Jika Di’Shon Bernard berjaya mengekalkan prestasi terbaik ini, dia pasti akan menjadi watak utama di bahagian pertahanan Hull City selepas menandatangai kontrak baru bersama United. Ia permulaan karier yang bagus buat dirinya

- Advertisement -